Saturday, February 28, 2009

SHOOTING COVER HAI

SHOOTING COVER HAI

untuk hai keluaran terbaru, 5 diva telah digandingkan untuk menjadi cover iaitu noryn aziz, nurul, umie aida, eleza kasim dan nur aliah lee. rizman ruzaini bersama dengan 3 pereka lain iaitu hazwanie osman, hatta dolmat dan khairi sufi dipertanggung jawabkan untuk mengayakan mereka. noryn aziz dan nurul menjadi pilihan kerana telah beberapa kali bekerjasama dengan mereka. untuk kali ini, kami memilih konsep 2 piece iaitu high wasted skirt dan juga top blouse dari fabrik wool dan duchess satin.







Tuesday, February 24, 2009

ZIANA ZAIN @ AJL 2009

ZIANA ZAIN @ AJL 2009
Dah agak lama sebenarnya blog ini tidak diupdated.. minta maaf sesangat sbb rizman ruzaini mengalami kesibukan yang amat sangat. Itu termasuklah dengan proses berpindah dan sebagainya. Selepas ini rasanya dah boleh berjanji yang blog ini akan diupdated secepat mungkin. Ditempat baru ni terasa lebih terurus.

Setelah lama dinanti-nantikan, akhirnya salah satu impian peribadi telah menjadi kenyataan. Secara jujur terasa sangat bertuah dan bersyukur sangat. impian untuk melihat penyanyi kesayangan mengayakan rekaan rizman ruzaini di pentas juara lagu akhirnya terlaksana. Sejak dari kecil asyik melihat akak ziana zain di kaca tv dalam juara lagu bermula dari kemelut di muara kasih,( ketika itu kami masih di bangku sekolah darjah 6) seterusnya puncak kasih, senja nan merah, syurga di hati kita dan yang terakhir menadah gerimis. Terdetik dihati insyaallah satu hari kak ziana(kz) akan mengayakan busana rekaan kami di pentas juara lagu dan alhamdulillah setelah enam tahun menyepi, kz kembali ke pentas juara lagu dan apa yang paling mengembirakan mengayakan rekaan rizman ruzaini.

Semuanya bermula dari pencalonan lagu dingin ke juara lagu lagi, kz telah mengayakan rekaan rizman ruzaini dan seterusnya separuh akhir dan syukur tatkala lagu dingin di kejutkan akan mara ke juara lagu, lantas kami menghubungi kak ziana sendiri mengucapkan tahniah dan yang paling mengembirakan beliau berkata buat lah baju akak meletop2 yeaa. yess!!

Bermula dari proses lakaran, kz mmg berminat dengan salah satu rekaan di majalah. Dari situ terus terpancul idea yang mencurah- curah . setelah diteliti kami memilih warna beige dan fabrik yang akan digunakan soltiss beaded french lace dan italian bridal satin. Fabrik ditaja oleh jakel.

Bermula la proses menghasilkan 3D dan tanggal 7 jan akhirnya tibalah waktu fitting. kami menjemput kz dan kak lisa makan tengah hari di galeri baru kami sambil menikmati koleksi persembahan kz di juara lagu. tergelak besar kz ketika melihat persembahan pertama beliau di pentas ajl aitu madah berhelah.' ada lagi baju ni akak simpan' katanya. syukur busana masterpiece melekap cantik di tubuhnya yang langsing tanpa sebarang alteration.

Tanggal 13 jan tiba-tiba kak lisa call memberitahu kezutannnn. akak kita pregnant anak kembar.. matila esoknya dah ajl!! dengan hati yang berdegup kami pon pergila bukit jalil untuk fittin sekali lagi. alhamdulillah muat2 tetapi mmg sangat jelas kelihatan perutnya yang kian mem besar. takpe kata kz ini suprise untuk peminat-peminatnya.. hehe tetapi masuk kali ni dah 3 kali kz berbadan 2 di pentas juara lagu tapi kali ni lagi advance sbb berbadan 3.. hehe tahniah dan sekalung perghargaan buat kak ziana kerana merialisasikan salah satu impian dan sekali lagi bekerjasama dengan rizman ruzaini k... enjoy the pic





FASHION SPREAD IN EH! MARCH ISSUE

FASHION SPREAD IN EH! MARCH ISSUE
THANKS TO YANA EH!

TEKS DAN PENYELARAS: YANA BANARUDIN

MODEL: NATALIA KOROL/ ANDREWSMODEL
MAKE UP: CHOMEL



'gaun meleret merah jambu berlisu dikaki, dihias gumpalan bunga berlisu dipinggang. Renda bunga disusun melata menambah mewah'



'penuh kilat-kilat labuci menemani kelam rimba dengan gaun satin berkelopak bahagian dada. Perincian keronsang bunga rona terang tampil berbeza'

MYSTERIOUS DESIRE IN BERITA HARIAN

MYSTERIOUS DESIRE
Oleh Siti Nur Almizan Aripinsnur@nstp.com.my

Fabrik mewah diserikan tampalan renda hitam membangkitkan aura moden klasik pada busana.Bagi memastikan rekaan kelihatan seiring zaman, Rizman Ruzaini selitkan unsur moden pada pola pakaian menggunakan teknik drapping dan inseam

MERAH tona garang penuh berahi. Merah juga tergolong dalam kumpulan warna asas yang mempunyai kuasa hebat sehebat auranya. Kuasa dimiliki merah juga membuatkan pereka muda berbakat besar, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil yang terkenal melalui label Rizman Ruzaini memilih rona menjerit itu untuk koleksi Mysterious Desire.

Sehebat orangnya, misteri cuba dirungkai dua lelaki bersahabat baik itu penuh nilai artistik dan sejarah. Semua diolah berlandaskan idea asal iaitu pakaian Joker, penghibur istana pada zaman Victoria digabung bersama ilham dari era Baroque. Rizman berkata, padanan merah dan hitam dipilih selepas melakukan penyelidikan terhadap kehidupan gelap Joker yang juga individu lelaki tapi dikasi kemaluan untuk membolehkan mereka bergelar penghibur istana pada lewat 1800an. "Mereka sentiasa mengenakan pakaian yang cantik dan bersolek sempurna seperti wanita tapi warna hitam jelas menggambarkan jiwa mereka penuh kehibaan manakala merah pula memperlihatkan kemarahan serta kelantangan mereka melawan arus duniawi.

Potongan sederhana tetap menyerlah hasil olahan berani Rizman Ruzaini.

"Itulah keunikan yang cuba kami tonjolkan melalui koleksi Mysterious Desire selain cuba membuktikan bahawa inspirasi fesyen datang daripada bermacam benda. Justeru, sebagai pereka fesyen, kami perlu berfikir luar kebiasaan supaya setiap rekaan yang terhasil lebih menyerlah," katanya. Rekaan Mysterious Desire mementingkan bayangan (silhouette) dan kebanyakan mempunyai potongan seperti gaun golongan bangsawan ketika itu yang penuh unsur mewah. "Gaun dihasilkan penuh renda manakala lengannya direka potongan puff kerana ia paling hangat zaman itu. Selebihnya, kami garapkan ia menggunakan material berkualiti seperti Bridal Dutchess Satin dari Itali bersama renda Perancis. "Bagaimanapun, kami tidak mahu digelar copycat dengan meniru potongan asal setiap gaun bulat-bular. Jadi bagi memastikan ia kelihatan seiring zaman, kami selitkan unsur moden pada pola pakaian menggunakan teknik drapping dan inseam," katanya.

Koleksi yang pertama kalinya dipersembahkan di khalayak pada Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (Mifa) 2008 lalu menggunakan penyanyi versatil, Ning Baizura sebagai muse. "Ketika itu, Ning mengenakan gaun Bustier yang cukup popular zaman itu khusus untuknya. Lebih istimewa, korset dikenakan Ning diperincikan dengan sulaman manik, tampalan renda dan bertatahkan batu permata Swarovski," kata Rizman sebelum mengakhiri perbualan petang itu. PROFIL: Rizman Ruzaini

Pereka fesyen muda Rizman Nordin dari Bukit Bendera, Pulau Pinang dan Wan Ruzaini Wan Jamil dari Kamunting, Taiping, Perak mengasaskan rekaan fesyen menggunakan label Rizman Ruzaini
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Senireka Fesyen, UiTM Shah Alam
Melakar nama melalui pertandingan fesyen Jarum Berlian 2003, Trofi Pesona Pengantin 2004 dan Mifa8, 2007
Rizman & Ruzaini menjadi pilihan ramai selebriti dan kenamaan antaranya Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Zahida Rafik, Fazura, Noryn Aziz, kerabat Selangor, Johor, Terengganu dan Pahang.
Mereka boleh dihubungi di talian 017 4766 004 atau emel rizman_ruzaini@yahoo.com. Boleh juga layari laman web www.rizmanruzaini.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

RIZMAN RUZAINI: THANKS SO MUCH SITI BH. REALLY APPRECIATE IT.


Sunday, February 15, 2009

BERITA HARIAN : RIZMAN RUZAINI GAPAI IMPIAN

Pembukaan STUDIO: GALERI RIZMAN RUZAINI
Oleh Nor Affizar Ibrahim
DUA pereka fesyen selebriti, Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil yang terus mencipta nama dalam persada fesyen tempatan, melangkah lebih berani dengan memperkenalkan konsep studio -galeri rizman ruzaini yang dibuka mereka sejak dua bulan lalu di Bandar Seri Permaisuri, Cheras. Walaupun masih baru dalam dunia fesyen, Rizman, 24, dan Ruzaini, 24, ternyata semakin bersedia berdepan dengan cabaran dan berkeyakinan tinggi mengorak langkah lebih jauh, sekali gus tidak mustahil jika Galeri Rizman & Ruzaini yang direalisasikan mampu memberi lebih sinar dalam kerjaya mereka.
Rizman berkata, konsep seperti ini mungkin sesuatu yang agak baru di Malaysia, tetapi di luar negara, konsep sedemikian sudah pun hampir 10 tahun di ketengahkan. Malah, kebanyakan pereka luar negara begitu senang sekali memilih konsep 'house boutique' kerana memberikan lebih selesa kepada pelanggan. “Konsep 'house boutique'atau menjadikan rumah sebagai studio dan butik untuk dikunjungi pelanggan, bukanlah sesuatu yang baru kerana ia begitu popular di kalangan pereka fesyen antarabangsa sejak mula diperkenalkan pada 2000. Di Malaysia, pereka baru yang mendapat bimbingan daripada pereka berpengalaman dan sokongan selebriti untuk mencipta nama sebagai pereka fesyen boleh dikatakan sebagai pelopor mempopularkan konsep seperti ini sehingga ia menjadi ikutan,” katanya. Kedua-dua pereka yang juga bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen berkata, idea untuk membuka konsep baru itu sudah beberapa bulan direncanakan, tetapi baru kini dapat direalisasikan.
Sejak dari dulu lagi, kedua-duanya berhajat untuk membuka butik yang menampilkan konsep tersendiri tetapi sebagai permulaan, mereka merangka strategi dan memilih konsep berkenaan untuk menjalinkan hubungan lebih baik serta mesra dengan pelanggan. Katanya, antara kelebihan utama memilih konsep sedemikian ialah memberikan suasana lebih selesa kepada pelanggan yang ingin berurusan. “Bukan saja kami sebagai pereka berasa selesa, sebaliknya pelanggan turut merasai suasana yang sama. Sesuai dengan khidmat ditawarkan ‘make to measure’ pelanggan boleh berbincang, menanyakan nasihat dan pandangan kepada kami dalam suasana santai setiap kali mereka datang ke sini untuk menempah serta mengukur baju yang diinginkan. Cara ini lebih baik, memudahkan komunikasi dan memberikan lebih kepuasan kepada pelanggan,” kata Rizman. Mencipta persekitaran lebih harmoni dan memberikan sentuhan gaya galeri yang eksklusif, Rizman dan Ruzaini membuat sedikit ubah suai, termasuk menggabungkan rona hitam dan krim bagi memberikan kesan lebih dramatik. Rona krim melatari keseluruhan galeri berkenaan, manakala pilihan perabot yang ditempah khas memenuhi ruang pula kebanyakan berwarna hitam.
Secara keseluruhan, galeri itu dibahagikan kepada tiga ruang yang turut merangkumi sudut untuk pereka bekerja dan mencurahkan idea. Sementara, dua lagi ruang dilengkapi sofa atau kerusi dan majalah fesyen bagi membolehkan pelanggan duduk dengan selesa serta santai. Rizman berkata, pembukaan galeri itu turut membolehkan mereka menguruskan masa dengan lebih terancang kerana setiap pelanggan yang ingin datang ke situ mesti membuat temujanji terlebih dulu. “Jika membuka butik kami perlu mengikut masa untuk tutup dan buka, tetapi di sini pelanggan boleh buat temujanji tidak kiralah pada waktu malam sekali pun. Yang penting, jadual pengurusan masa kami lebih terurus dan pelanggan pun tidaklah berasa kecewa kerana jika sudah ada temujanji pasti kami luangkan masa untuk mereka.
Ruzaini pula berkata, seiring dengan konsep bekerja yang lebih menyenangkan kini perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan turut diperluaskan termasuk sebagai perunding perancang perkahwinan yang menyediakan pakej serba lengkap dan sedia menerima tempahan rekaan apa jua jenis pakaian tetapi seiring aliran terkini. Selain itu, mereka juga sedia memenuhi permintaan pelanggan yang ingin menempah kasut dan beg tangan bagi melengkapkan lagi gaya. Apa yang membanggakan kedua-dua pereka muda ini ialah beberapa selebriti yang pernah menggayakan rekaan mereka seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira dan Ning Baizura hingga kini terus memberikan sokongan. Selain akan terus bekerja keras dan menghasilkan lebih banyak rekaan pakaian yang kreatif serta menarik untuk digayakan, Rizman dan Ruzaini turut menaruh harapan agar suatu hari nanti mereka dapat membuka galeri di tapak banglo yang lebih besar dan dibina sendiri. “Impian itu mungkin masih jauh untuk dicapai, tetapi kalau dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun lagi ia pasti lebih membanggakan dan menggembirakan kami,” kata mereka.