Sunday, August 30, 2009

STYLO 2009

setelah sekian lama berlangsung nya stylo, kini barula mendapat pic yang cantik untuk dipostkan. rizman ruzaini bergandingan dengan pereka malaysia amir luqman dan hadzree wahid serta carven ong mempamirkan koleksi wedding bersama-sama beberapa pereka dari asia didalam slot STYLO- ASIAN BRIDES. mengetengahkan koleksi yang bertemakan insanely white, semua kategori warna polos putih diambil dan di manipulasi dengan idea2 yang diinspirasikan dari beberapa budaya dunia bermula dari gaya monaco hinggalah ke budaya kita di malaysia sendiri. ini adalah sekadar expresi rizman ruzaini di dalam kategori wedding . ning baizura diambil sebagai muse didalam koleksi kali ini.
yang terbaru, nantikan koleksi rizman ruzaini di MIFA 09 pada bulan november nanti ya..























Saturday, August 15, 2009

LANTERA AIDILFITRI DATO' SITI NURHALIZA







ALHAMDULILLAH...sekali lagi rizman ruzaini diberi peluang untuk menata rias penyanyi pujaan malaysia iaitu dato' siti nurhaliza. sekalung penghargaan kepada dato siti dan snp kerana terus mempercayai hasil karya rizman ruzaini. untuk lantera aidilfitri ini, kami melampirkan kelainan dari sudut rekaan. ini kerana untuk konsert kali ini, dato siti perlu kelihatan sangat eksklusif bersesuaian dengan tema konsert tersebut. rona deep rich turqoise menjadi pilihan dan disusuri dengan detailing dari rona hitam. perincian rekaan pula adalah penggunaan tassels selain dari teknik pacthing lace dan diamond spread.










WEDDING @ PENANG


dah lama kiranya tak menjejaki tanah asal usulku(rizman). alang2 ada wedding sempat jugalah bertandang sebentar ke negeri yang paling disayangi iaitu pulau pinang. kebetulan HAIDA dan BARRY, one of my bestEST customer melangsungkan perkahwinan di sana. majlis berlangsung di E&O HOTEL. Satu satunya hotel bertaraf 7 bintang di malaysia. mmg cantik hotelnya..rizman ruzaini di pertanggungjawabkan untuk mereka busana dan juga pelamin serta deco didalam dewan. bermula dari awal tahun, rizman ruzaini akan membuat pakej pelamin SEBULAN SEKALI sahaja bergantung kepada budget. bukan sebab apa, sahaja mahukan eksklusif dan juga disamping kepenatan yang melampau. tetapi bulan ini ada 2 wedding yang mengambil pakej sekali pelamin. alang2 permintaan dan masa yang mengizinkan, turutkan saja. marilah kita saksikan sedikit pic2 haida ya.(pin lain2 akan di updated)






treadmark E&O Hotel..

Wednesday, August 5, 2009

BRIDAL 09

"(klasik kurung tetap menjadi pilihan untuk tampil anggun- rizman ruzaini)"

Untuk tahun 2009 Rizman Ruzaini melancarkan koleksi BRIDAL '09 yang dilhamkan dari elemen 'Fusion-East Meet West'.

Berinspirasikan asas Busana Tradisional Melayu dengan gabungan Busana Klasik Barat, koleksi kali tampil penuh variasi daripada gaya melayu hinggalah gaya barat sesuai dengan permintaan masyarakat malaysia amnya yang gemarkan gaya yang pelbagai.

busana dari rona pearl white ini diinspirasikan dari gaun klasik barat era baroque dengan potongan empire waist dan menggunakan fabrik italian duchess serta tulle ini dilengkapi dengan headpiece yang diselitkan bulu burung kasawari menjadikan ia tampil penuh klasik sealirannya.


kepada yang gemarkan gaya moden tetapi tidak melupakan gaya tradisional, idea ini bertepatan dengan anda. kebaya moden dengan lisu di bahagian hadapan dilengkapi dengan skirt moden 8 panel yang diserikan dengan gathers dan band dibahagian bawah. pemakaian tali pinggang sebagai pelengkap gaya.

busana ini pula adalah ilham dari gaya saloma era 60-an. dress boat neck dari rona pearl white ini berpotongan duyung dan berlisu dipinggang untuk ilusi ramping.

untuk mereka yang gemarkan gaya muslimah, jubah moden dari rona rose pink dan aquamarine ini sangat sesuai. dilihamkan dari gaya klasik barat, element puff sleeve dan empire cut menjadi pilihan. ini bertepatan dengantema fusion kerana ia adalah gabungan dari gaya inggeris tetapi disesuaikan dengan gaya ketimuran.

dress ballskirt dan corset dari rona black n white ini penuh perincian dibahagian dada ini sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya inggeris dan juga sesuai untuk majlis potong kek.

mini dress yang sesuai untuk digayakan pada majlis resepsi ini dari fabrik 'italian duchess' dan digayakan dengan keronsang mewah rerama.