Tuesday, June 30, 2009

Konsert Eksklusif Satu Dato' Siti Nurhaliza

SATU


Selepas beberapa tahun peminat Dato' Siti Nurhaliza menantikan buah tangan dari artis kesayangan mereka, akhirnya konsert yang ditunggu tunggu berlansung dengan jayanya di Istana Budaya.

RizmanRuzaini telah diberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk menata rias diva no.1 negara. Konsert yang berlangsung selama 3 hari menyajikan himpunan lagu-lagu dari mulanya beliau berkecimpung dalam industri ini hingga beliau bergelar diva no.1 negara.

Dua pakaian yang direka telah melalui proses perbincangan diantara RizmanRuzaini dan Dato' Siti Nurhaliza sendiri. Pemilihan segmen tradisional dan finale merupakan pilihan yang tepat kerana pereka sendiri gemar dan mempunyai banyak idea-idea baru yang sesuai dengan imej sopan Dato' Siti Nurhaliza.

Untuk segmen tradisional, fabrik rona emerald disulami perincian sulaman kerawang rona gangsa membentuk unsur kebaya pada gaun. Elemen unik diterapkan dalam penggayaan selendang yang diberi sentuhan baru kerana ia adalah sebahagian dari gaun tersebut.
Penggunaan fabrik sutera sifon dan dilapisi dengan italian crepe menghasilkan
efek yang menonjolkan si pemakai dia atas pentas.


gaun rona emerald untuk segmen tradisional






selendang yang bercantum dengan cuff di lengan merupakan idea baru yang ditonjolkan

Untuk segmen terakhir, rona salmon milked memonopoli pentas dengan perincian french lace sarat dan elemen draped di bahagian dada mencipta satu look yang anggun buat Dato' Siti Nurhaliza.






Dato' Siti Nurhaliza tatkala mengalunkan irama Di Taman Teman


Lambaian seorang penghibur negara yang SATU



menghadiri press conference untuk hari pertama


press conference pada hari ketiga. Dato' Siti Nurhaliza sekali lagi menggayakan rekaan RizmanRuzaini


busana RizmanRuzaini yang pernah digayakan Dato' Siti Nurhaliza pada anugerah Era '07 dipamerkan di ruang legar Istana Budaya untuk tatapan umum




Trivia

- untuk hari kedua dan ketiga, busana yang digayakan untuk segmen pop dihasilkan dalam masa 5 jam*
(pic akan di update)

Kheme Rosly merupakan PA kepada RizmanRuzaini kini. Beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengupdate blog RizmanRuzaini bermula dari entri ini.

Tuesday, June 23, 2009

Cinta Adlin Dan Emelda













Monday, May 25, 2009

F1 Grand Prix 10th Anniversary Gala Dinner.


dato siti nurhaliza sekali lagi mengayakan rekaan rizman ruzaini untuk ke F1 Grand Prix 10th Anniversary Gala Dinner. busana dari fabrik tulle dan chiffon ini di lapisi dengan two tone dari hitam ke putih.. rekaan nya agak simple kerana dato ct tika membuat persembahan sekadar menghadiri majlis tersebut.

SATU by SITI NURHALIZA

sudah lama kiranya dato siti tidak menganjurkan concert kan?? last sekali masa kat bukit jalil beberapa tahun lalu.. kepada sesiapa yang ternanti, usah ternanti2 lagi.. bulan jun menyaksikan satu fenomena baru yang akan berlaku di istana budaya.. concert SATU istimewa untuk peminat.. rizman ruzaini juga akan terlibat sebagai pereka busana. agak excited kerana ini pertama kalinya rizman ruzaini mereka busana untuk concert..
untuk pelancaran concert di istana budaya tempoh hari, dato ct mengayakan rekaan rizman ruzaini dari kombinasi warna pastel kuning dan hijau mint. busana ini boleh dikategorikan sebagai kurung moden. top kurung dilkengkapi hud dipadankan dengan skirt panel bertingkat yang menjadi treadmark rizman ruzaini kini..




ANUGERAH BINTANG POPULAR 2008


Sudah lama kiranya blog ni tak berupdated ya.. maaf kerana tidak berkesempatan..bulan april menjadi bulan yang paling sibuk dalan sejarah.. rizman ruzaini menerima 6 undangan untuk fashion show (kalau ada sampai 6, kalau takder, takder langsung kot yea) termasuklah, stylo fashion week(pic akan di updated asap) ffkl di one world hotel dan one utama, passion echanted nite di pogh, secretaries week dato ct dan juga malam amal hari ibu di marriot. terima kasih kepada semua yang sudi menjemput rizman ruzaini..(semua pic2 akan di update asap)
untuk anugerah bintang popular, sebagaimana yang dijanjikan, rizman ruzaini mengayakkan dato ct, sariyanti, fasha sandha, saerah, dilla dan juga dafi. tetapi seperti biasa pic2 mmg susah untuk didapati.. takpe akan di updated asap k. untuk bintang popular, berita harian menganjurkan anugerah busana tercantik dan pereka paling popular. DI MINTA KEPADA SITI ZONER UNDILAH DATO SITI SEBAGAI BUSANA TERBAIK K..TUNJUKKAN KESETIAAN ANDA( huhuhuhu) untuk keterangan layari berita harian online dan clik ke misi mencari pereka popular k.. tq



Thursday, April 9, 2009

BERITA HARIAN FOR ABPBH 09

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff & Serimah Mohd Sallehuddin
bhnews@bharian.com.my



ABPBH 2008 adalah tahun ketiga bagi dua rakan ini, Rizman dan Ruzaini bekerjasama dengan penyanyi wanita popular, Siti Nurhaliza. Kali pertama mereka pada acara Anugerah Industri Muzik dua tahun lalu.

Ketika itu, Rizman Ruzaini masih menuntut di tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

“Ini adalah kali pertama kami berpeluang mereka baju buat Datuk Siti Nurhaliza untuk ABPBH. Impian itu sudah lama tersimpan dan akhirnya hasrat kami dimakbulkan juga.

Menurutnya, walaupun memiliki nama besar, bekerjasama dengan penyanyi itu sebenarnya cukup mudah.

“Kelebihan Siti ialah sikapnya yang tidak cerewet membuatkan kami berasa selesa. Dia seorang yang senang menerima pendapat pereka tetapi jika ada idea sendiri, Siti akan beritahu.

“Kami juga tidak perlu berjumpa dengan Siti dua tiga kali untuk menunjukkan hasil tangan kami. Setelah tiga tahun bekerjasama dengannya, dia memberi kepercayaan penuh kepada kami. Cuma tahun ini kami terpaksa membuat ukuran baru kerana tubuh Siti sangat kurus,” kata Rizman yang memilih rekaan klasik Inggeris namun turut diselitkan elemen tradisional.

Sempena ABPBH 2008 yang bertemakan Sentuhan Tenun, Rizman memilih fabrik sifon yang digabungkan bersama songket daripada Wan Manang. Sementara itu, fabrik rona lavender menjadi pilihan untuk Siti Nurhaliza kerana kelembutan warna itu yang jarang menjadi pilihan selebriti untuk ke acara anugerah.

Menurut Rizman, bagi mengangkat khazanah songket yang menjadi warisan budaya masyarakat Melayu, fabrik berkenaan akan digunakan pada bahagian atas baju.

Oleh kerana Siti memiliki potongan badan wanita Melayu biasa, rekaan tidak boleh keterlaluan supaya gaya Siti tidak kelihatan pelik pada majlis itu nanti.

Selain Siti, Rizman turut menghasilkan rekaan untuk beberapa artis tempatan lain sempena ABPBH 2008 iaitu Siti Saerah, Sari Yanti dan Dafi. Selain pertama kali bekerjasama dengan Siti untuk ABPBH, ini juga kali pertama dia menghasilkan baju untuk lebih daripada satu artis.

Sebelum ini katanya, dia tidak betah mengambil terlalu banyak tempahan untuk mengekalkan kualiti sentuhannya. Namun disebabkan permintaan daripada artis, dia tidak dapat menolaknya.

Sementara itu, bagi rekaan untuk adik penyanyi tersohor itu, Rizman memilih gaun petang daripada warna biru firus. Sentuhan tenun pula direalisasikan pada bahagian pinggang gaun berkenaan.


Friday, March 20, 2009

MUZIKAL SIRAH JUNJUNGAN

DAY 3

ISTANA BUDAYA

18-20 MAC
Untuk hari ketiga teater sirah junjungan yang berlangsung di istana budaya, konsep yang sama juga diketengahkan iaitu jubah moden juga yang bersesuaian dengan muzikal tersebut. Pada kali ini, dato siti mengenakan jubah moden yang agak klasik rekaannya berwarna sand bone digandingkan dengan pastel cream. fabrik nya dari chiffon dan juga frenchlace beaded yang disulam dengan beadwork. untuk hari ketiga, rekaannya agak moden dan diperindahkan dengan perincian seperti knife pin tuck dan juga machine embroidary. untuk busana seterusnya nantikan di abpbh 2009 !!!

elemen klasi victorian diterapkan dalan rekaan ini