hi jumpa lagi... terima kasih kepada semua rakan yang menyokong RIZMAN RUZAINI dari awal...hehe.. pada 28 hb iaitu harijadi i yang ke 23, i mendapat satu hadiah istimewa untuk membantu kerjaya i.. sekali lagi DIVA DATUK SITI NURHALIZA akan mengenakan busana rekaan RIZMAN RUZAINI untk persembahan di ANUGERAH PLANET MUZIK 2007 yang akn diadakan di singapore. diva akan berduet dengan TAUFIK BATISAH dan GITA GUTAWA.. mereka akan mendendangkan lagu KENANGAN TERINDAH,BIARLAH RAHSIA, JUWITA CITRA TERINDAH dan DEMI WAKTU. sewaktu di apm, siti memengani 3 award iaitu, ARTIS WANITA TERBAIK, LAGU PALING POPULAR dan ARTIS WANITA POPULAR!!! YEY!!!!! congrats to my diva!!!!!!!!!

kali ni untuk diva siti, i mengetengahkan rekaan yang lebih longgar atau flowy. warna yang i gunakan iatu dark brown dan detailing hitam mengambil inspirasi dari rekaan terbaru CHRISTIAN LACROIX. konsep nya ingin menampakkan diva siti seperti seorang puteri .. fabrik pula i gunakan satin silk , chiffon silk dan french lace. detailing nya seperti biasa swarovski diamond.

DIVA DATUK SITI NURHALIZA didalam rekaan RIZMAN RUZAINI