Monday, September 7, 2009

TAHAJJUD CINTA DATO SITI NURHALIZA

untuk cover album yang berkonsepkan ketuhanan ini, rizman ruzaini menampilkan busana dari rona putih persis puteri kayangan. fabric net heavy beaded serta chiffon menjadi pilihan. ini pertama kali kiranya rizman ruzaini menhasikan rona putih untuk dato siti nurhaliza. busana ini juga dipakai untuk video KU PERCAYA ADA CINTA.

MUZIKAL SESUCI LEBARAN

untuk MUZIKAL SESUCI LEBARAN, sekali lagi dato siti nurhaliza, saida dan saerah mengayakan rekaan rizman ruzaini. konsep rekaan kali ini adalah lebih kepada interpertasi jalan cerita muzikal ini iaitu suasana perjalanan berhari raya dari kota hingga kedesa. program ini akan ditayangkan pada hari raya pertama jam 9 malam di muzik aktif saluran 180. ia juga adalah koleksi raya rizman ruzaini. baju kurung moden dari printed italian silk dan juga kurung serta kebaya moden polos yang lebih kontemperari. di muzikal ini juga dato siti menyanyikan singel terbaru KU PERCAYA ADA CINTA. saya secara peribadi sangat menggemari lagu ini.. jangan lupa saksiakan ya.