Monday, November 29, 2010

SALAM DARI RIZMAN RUZAINI

Mmg tersangat lama blog ni tak berupdate.. mohon maaf kepada semua kerana kesibukkan yang melanda. alhamdulilah dan terima kasih kepada anda atas sokongan yang anda berikan kepada rizman ruzaini. menyedari kepentingan blog ini, insyaAllah di masa akan datang kami akan mengaktifkan post2 di blog ini.

FFKL


festival fesyen kuala lumpur baru saja melabuhkan tirainya dan meninggalkan kenangan manis untuk untuk tahun 2010. RR telah dinobatkan sebagai PEREKA FESYEN TERBAIK FFKL 2010 sekaligus akan diterbangkan ke london sekali lagi untuk latihan jangka pendek di university st martin (antara graduannya adalah john galliano dan alexander mcqueen). walaupun hanya latihan jangka pendek tetapi pasti akan meninggalkan kesan pada RR. di samping itu RR juga berpeluang bersua dan melawat dato jimmy choo, julien macdonal dan beberapa pereka antarabangsa untuk menimba pengalaman dan juga melawat rumah fesyen mereka. RR juga berpeluang membuat fotografi koleksi terbaru RR dengan model dan photographer di sana di samping hadiah wang tunai. koleksi yg kami ketegengahkan kali ini bertemakan RAGGANIA yg berinspirasikan dari burung cenderawasih.






P/S- angka kosong didalam pic diatas ditambah satu untuk menambahkan kegrand-nan.. :p

DATO SITI NURHALIZA

sekalung penghargaan kepada DATO SITI NURHALIZA diatas kesudian menjadi muse RR dalam sesi fotografi untuk project 5TARS. dct juga adalah ikon industri hiburan yang telah lama bertahta di malaysia. kesudian mengayakan setiap helaian RR adalah penghargaan bagi kami. InsyaAllah.. kami akan berterusan bekerjasama dgn dct dan akan pastikan yg terbaik di masa akan datang.
thanks soooo much DATO SITI NURHALIZA..


ZIANA ZAIN dan ERRA FAZIRA

mereka berdua adalah ikon fesyen malaysia. menjadi kebanggan RR kerana kesudian mereka bekerjasama dengan RR. ini adalah beberapa koleksi RR yg digayakan mereka dalam masa terdekat ini.. NEXT?? nantikan anugerah skrin ya!







MIFW 2010


mifw menjadi satu event yang paling ditunggu-tunggu oleh fashion people termasuklah fashion designer, writer, celebrities, socialite dan ramai lagi. setiap pereka yang memestaskan rekkan utuk mifw p[asti akan 'all out' kerana hanya dari mifw lah industri fesyen akan menilai kredibiliti anda. untuk mifw 2010 november lalu, RR telah mementskan koleksi yang bertemakan HOLLYWOOD: back to basic. koleksi ini berinspirasikan ikon2 hollywood pada era 40's seperti Audrey hepburn, Elizabeth taylor dan sebagainya. conceptnya juga meminjam mood dari rumah fashion dior yang amat terkenal dengan jolokan new look untuk era itu. bermaian dengan fabric lace, tulle dan juga crepe menjadi kunci gaya untuk coleksi kali ini. Muse untuk koleksi ini adalah diva ZIANA ZAIN.











WHO's NEXT PARIS (porte di vassales) dan MASIF 2010

untuk masif 2010, rizman ruzaini membawakan collection yg bertemakan 'AN EVENING IN PARIS'. koleksi ini membawakan potongan kebaya pendek moden dan diberi sentuhan gaya atau mood dari paris seperti pemakaian glove dan sebagainya. seluruh koleksi ini digayakan bersama kain bertingkat duyung yang telah menjadi 'treadmark' kepada RR. koleksi ini juga yg RR bawa unuk fahion show/exhibition di PORTE DI VASSALES pada september lalu . untuk masif , aktress VANIDA IMRAN telah menjadi muse untuk RR.







booth RR @ WHO'S NEXT paris

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-21

untuk ffm-21 kali ni, RR mengayakan ERRA FAZIRA dan LIYANA JASMAY. untuk erra, gaun labuh bertingkat dari fabrik chiffon menjadi pilihan dan dipadankan dengan bolero thaisilk dari rona yang sama iaitu deep purple. untuk liyana pula, gaun chiffon pale pink ala2 hollywood classic menjadi pilihan. vintage gold detailing menjadi penyeri busana ini.




DCT in RR for SIMPLYSITI lipstick launch

dato siti mengayakan red kaftan dari rizman ruzaini bersempena majlis launch lipstick dari simplysiti yang bertemakan merah.