Saturday, March 10, 2007

RIZMAN RUZAINI creations

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Rizman Ruzaini merupakan label yang dimiliki oleh saudara Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil. Berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang seni reka fesyen, Rizman Ruzaini kini bergiat aktif untuk menempah nama dalam arena fesyen negara. Antara pencapaian yang diraih sehingga kini adalah memenangi best collection untuk pertujukan fesyen akhir diploma dan juga ijazah, dianugerahkan sijil penghargaan kerana menjadi pelajar yang mengharumkan nama UiTM dan beberapa kali menjadi satu satunya pelajar mewakili UiTM untuk untuk memperagakan rekaan serta pameran fesyen anjuran MODA . Mereka juga mengambil bahagian dalam peragaan fesyen didalam kuala Lumpur fesyen week dan juga Malaysia international fesyen award pada tahun 2004-2006 selain mengambil bahagian dalam acara Anugerah Piala Jarum Berlian dan Trofi Pesona Pengantin. Kini nama mereka lebih bersinar dan dikenali kerana rekaan mereka sering diperagakan oleh artis dan selebriti tersohor Malaysia antaranya, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Azharina, Betty Banafee, Farawahida, Elyana, Raja Farah, Yasmin Hani, Pushpa Narayan dan juga Dilla Most Beautiful. Rekaan-rekaan mereka juga dapat dilihat dalam majalah-majalah dan juga di dada-dada akhbar.

No comments: