Saturday, March 10, 2007

RIZMAN RUZAINI creations NEW COLLECTIONS!!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Untuk koleksi 07, Rizman Ruzaini menampilkan Dayang Nurfaizah sebagai model untuk memperagakan rekaan yang bertemakan Dreamgirls:Glamorous Diva berinspirasikan dari costum selebriti Hollywood antara tahun 1960-1970. Fabrik yang digunakan adalah royale satin, chiffon silk, French lace, printed satin dan satin silk. Perincian yang diketengahkan adalah teknik ‘draping’ selain perincian manik,batu kristal dan swarovski diamond. Konsep make-up dan rambut yang ditampilkan pula mengambarkan Dayang sebagai seorang Diva.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

RIZMAN RUZAINI creations @ ABP

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
untuk ANUGERAH BINTANG POPULAR 2006 yang lalu,beberapa artis tersohor negara telah memperagakan busana rekaan RIZMAN RUZAINI creations. mereka adalah ZIANA ZAIN, DAYANG NURFAIZAH dan BETTY BANAFE. terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi berkerjasama dengan RIZMAN RUZAINI creations..

DAYANG NURFAIZAH

Pada malam ABPBH 2006 ini, Dayang bekerjasama dengan pereka muda, Rizman Ruzani. Berbicara mengenainya, Rizman berkata, rekaan yang dihasilkan untuk Dayang diinspirasikan daripada gaya artis wanita Barat ketika melangkah ke sesi permaidani merah.“Rekaan ala gaun cocktail untuk Dayang agak berbeza kerana saya menekankan kepada material yang digunakan. Ia menggabungkan satin cetak dan renda Perancis untuk menyerlahkan gaya mewah Dayang. Paduan hitam dipengaruhi biru firus akan membangkitkan lagi seri Dayang di permaidani merah,” kata Rizman Nordin, 22.Bekerjasama dengan rakan perekanya, Wan Ruzaini Wan Jamil, rekaan untuk Dayang dihasilkan sebulan lalu dan paling menggembirakannya, penyanyi itu turut menyumbang idea. Dayang juga tahu apa yang diingininya.“ABPBH 2006 menyediakan platform untuk pereka muda seperti kami menonjolkan kreativiti. Terima kasih kepada Berita Harian yang memberi ruang untuk kami memperkenalkan rekaan,” katanya yang sudah setahun terbabit secara serius dalam bidang rekaan. (BERITA HARIAN )

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket







RIZMAN RUZAINI creations

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Rizman Ruzaini merupakan label yang dimiliki oleh saudara Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil. Berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang seni reka fesyen, Rizman Ruzaini kini bergiat aktif untuk menempah nama dalam arena fesyen negara. Antara pencapaian yang diraih sehingga kini adalah memenangi best collection untuk pertujukan fesyen akhir diploma dan juga ijazah, dianugerahkan sijil penghargaan kerana menjadi pelajar yang mengharumkan nama UiTM dan beberapa kali menjadi satu satunya pelajar mewakili UiTM untuk untuk memperagakan rekaan serta pameran fesyen anjuran MODA . Mereka juga mengambil bahagian dalam peragaan fesyen didalam kuala Lumpur fesyen week dan juga Malaysia international fesyen award pada tahun 2004-2006 selain mengambil bahagian dalam acara Anugerah Piala Jarum Berlian dan Trofi Pesona Pengantin. Kini nama mereka lebih bersinar dan dikenali kerana rekaan mereka sering diperagakan oleh artis dan selebriti tersohor Malaysia antaranya, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Azharina, Betty Banafee, Farawahida, Elyana, Raja Farah, Yasmin Hani, Pushpa Narayan dan juga Dilla Most Beautiful. Rekaan-rekaan mereka juga dapat dilihat dalam majalah-majalah dan juga di dada-dada akhbar.