Thursday, April 9, 2009

BERITA HARIAN FOR ABPBH 09

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff & Serimah Mohd Sallehuddin
bhnews@bharian.com.my



ABPBH 2008 adalah tahun ketiga bagi dua rakan ini, Rizman dan Ruzaini bekerjasama dengan penyanyi wanita popular, Siti Nurhaliza. Kali pertama mereka pada acara Anugerah Industri Muzik dua tahun lalu.

Ketika itu, Rizman Ruzaini masih menuntut di tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

“Ini adalah kali pertama kami berpeluang mereka baju buat Datuk Siti Nurhaliza untuk ABPBH. Impian itu sudah lama tersimpan dan akhirnya hasrat kami dimakbulkan juga.

Menurutnya, walaupun memiliki nama besar, bekerjasama dengan penyanyi itu sebenarnya cukup mudah.

“Kelebihan Siti ialah sikapnya yang tidak cerewet membuatkan kami berasa selesa. Dia seorang yang senang menerima pendapat pereka tetapi jika ada idea sendiri, Siti akan beritahu.

“Kami juga tidak perlu berjumpa dengan Siti dua tiga kali untuk menunjukkan hasil tangan kami. Setelah tiga tahun bekerjasama dengannya, dia memberi kepercayaan penuh kepada kami. Cuma tahun ini kami terpaksa membuat ukuran baru kerana tubuh Siti sangat kurus,” kata Rizman yang memilih rekaan klasik Inggeris namun turut diselitkan elemen tradisional.

Sempena ABPBH 2008 yang bertemakan Sentuhan Tenun, Rizman memilih fabrik sifon yang digabungkan bersama songket daripada Wan Manang. Sementara itu, fabrik rona lavender menjadi pilihan untuk Siti Nurhaliza kerana kelembutan warna itu yang jarang menjadi pilihan selebriti untuk ke acara anugerah.

Menurut Rizman, bagi mengangkat khazanah songket yang menjadi warisan budaya masyarakat Melayu, fabrik berkenaan akan digunakan pada bahagian atas baju.

Oleh kerana Siti memiliki potongan badan wanita Melayu biasa, rekaan tidak boleh keterlaluan supaya gaya Siti tidak kelihatan pelik pada majlis itu nanti.

Selain Siti, Rizman turut menghasilkan rekaan untuk beberapa artis tempatan lain sempena ABPBH 2008 iaitu Siti Saerah, Sari Yanti dan Dafi. Selain pertama kali bekerjasama dengan Siti untuk ABPBH, ini juga kali pertama dia menghasilkan baju untuk lebih daripada satu artis.

Sebelum ini katanya, dia tidak betah mengambil terlalu banyak tempahan untuk mengekalkan kualiti sentuhannya. Namun disebabkan permintaan daripada artis, dia tidak dapat menolaknya.

Sementara itu, bagi rekaan untuk adik penyanyi tersohor itu, Rizman memilih gaun petang daripada warna biru firus. Sentuhan tenun pula direalisasikan pada bahagian pinggang gaun berkenaan.


9 comments:

ZaCkG fRiDzHa said...

buat baju untuk siti cantik2 tau!! biar dia nampak vougue gla!!!

FEXAN_MY said...

btl2..hiks...aku nak tgk siti looks like PRIMADONA...!!!!

Azwan Hashim said...

Congrats buat Rizman Ruzaini coz diberi kepercayaan lagi oleh Dato' Siti. Semoga hasilnya nanti berjaya menarik perhatian ramai dan menyerlahkan lagi kejelitaan DCT!
Jumpa di genting nanti! =)

Zaharmizi said...

Tolong buat baju Siti yg paling cantik utk mlm tu nanti..
Biar Siti yg paling MELETOP mlm tu..
Hopefully korg la dpt Best Designer pd mlm tu k..Amin..

All da best!

cheguBard said...

salam ziarah
http://chegubard.blogspot.com

zai said...

Cantik giler baju dato' malam tu! congratss!!

Aliph said...

i've seen it
n good job rizman ;]

The Queen Bee said...

Rizman Ruzaini both did a good jobb!! Memang hasil tangan yang sangat2 superbbbbbbbbbbb!!!

And also reasonable! I dah buat dgn dia masuk kali ke-3. mmg meletopsss

D'Rimba said...

Suka fesyen muslimah..................