Tuesday, June 30, 2009

Konsert Eksklusif Satu Dato' Siti Nurhaliza

SATU


Selepas beberapa tahun peminat Dato' Siti Nurhaliza menantikan buah tangan dari artis kesayangan mereka, akhirnya konsert yang ditunggu tunggu berlansung dengan jayanya di Istana Budaya.

RizmanRuzaini telah diberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk menata rias diva no.1 negara. Konsert yang berlangsung selama 3 hari menyajikan himpunan lagu-lagu dari mulanya beliau berkecimpung dalam industri ini hingga beliau bergelar diva no.1 negara.

Dua pakaian yang direka telah melalui proses perbincangan diantara RizmanRuzaini dan Dato' Siti Nurhaliza sendiri. Pemilihan segmen tradisional dan finale merupakan pilihan yang tepat kerana pereka sendiri gemar dan mempunyai banyak idea-idea baru yang sesuai dengan imej sopan Dato' Siti Nurhaliza.

Untuk segmen tradisional, fabrik rona emerald disulami perincian sulaman kerawang rona gangsa membentuk unsur kebaya pada gaun. Elemen unik diterapkan dalam penggayaan selendang yang diberi sentuhan baru kerana ia adalah sebahagian dari gaun tersebut.
Penggunaan fabrik sutera sifon dan dilapisi dengan italian crepe menghasilkan
efek yang menonjolkan si pemakai dia atas pentas.


gaun rona emerald untuk segmen tradisional






selendang yang bercantum dengan cuff di lengan merupakan idea baru yang ditonjolkan

Untuk segmen terakhir, rona salmon milked memonopoli pentas dengan perincian french lace sarat dan elemen draped di bahagian dada mencipta satu look yang anggun buat Dato' Siti Nurhaliza.






Dato' Siti Nurhaliza tatkala mengalunkan irama Di Taman Teman


Lambaian seorang penghibur negara yang SATU



menghadiri press conference untuk hari pertama


press conference pada hari ketiga. Dato' Siti Nurhaliza sekali lagi menggayakan rekaan RizmanRuzaini


busana RizmanRuzaini yang pernah digayakan Dato' Siti Nurhaliza pada anugerah Era '07 dipamerkan di ruang legar Istana Budaya untuk tatapan umum




Trivia

- untuk hari kedua dan ketiga, busana yang digayakan untuk segmen pop dihasilkan dalam masa 5 jam*
(pic akan di update)

Kheme Rosly merupakan PA kepada RizmanRuzaini kini. Beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengupdate blog RizmanRuzaini bermula dari entri ini.

8 comments:

qmal said...

FANTABULOUS!!!!!

Nazima said...

oh hye kheme :D

wénkt said...

kamu berdua,

saya ucapkan tahniah!!

one of my french speaking friend, Tn Hj Ridzuan kenal korang. hehe.

dulu kita tak borak lama kat Jakel

:))

RIZMAN RUZAINI creations said...

thx so much for all support.. really appreciate it.. nantikan di apm pula nanti ya..

zua the great said...

great job dude...
salute sangat terutama yang buat baju express tu..

kerja giler tul....

katak_78 said...

R n R...tak pernah bergaduh ke nak reka design ekkk...curious!ble bagi tau tak?

Elynn said...

Best! u two buat Datuk CT tersenyum puas!

Hasil kerja yang BOMBASTIC ! Good LUck.....

Elynn said...

Best! u two buat Datuk CT tersenyum puas!

Hasil kerja yang BOMBASTIC ! Good LUck.....