Saturday, January 23, 2010

JANUARY JURNAL

KONSERT SATU SUARA

Konsert satu suara yang akan berlangsung di istana budaya februari ini melibatkan dato siti nurhaliza, faizal tahir dan aizat. rizman ruzaini dipertanggungjawabkan untuk mengayakan mereka untuk poster konsert ini. ketiga-tiga artis mengayakan koleksi rizman ruzaini yang bertemakan konsep military tetapi dalam terjemahan elegan dan softifikated. untuk konsert pula, kami akan bekerjasama dengan hazwani osman yang akan mereka busana untuk aizat dan faizal tahir. konsepnya?? nantikan ya
untuk pc konsert baru2 ini, dato siti mengayakan salah satu blause RnR dari rizman ruzaini. ia merupakan ready to wear dari rizman ruzaini. blouse yang mengunakan fabric dari emilio pucci dari rona biru ini adalah koleksi terbaru dari rizman ruzaini.

ANUGERAH JUARA LAGU 24

anugerah juara lagu telah melabuhkan tirai dengan jayanya. ini merupakan antara juara lagu yang terbaik! satu lagi impian rizman ruzaini telah terlaksana untuk melihat dato siti nurhaliza mengayakan rekaan kami di pentas juara lagu. sekalung penghargaan kepada beliau kerana sekali lagi sudi bekerjasama dengan rizman ruzaini. busana hitam ditaburi dengan swarovski diamond serta aluminium diamond ini adalah cetusan ilham dato siti sendiri yang meminati gaya terbaru dari Chanel. kami merealisasikan dengan memasukkan unsur muzik dari 3 genre yang berlainan kerana lagu untukmu yang dipersembahkan oleh beliau diubah suai menjadi tiga lagu yang berbeza. sungguh mengasyikkan!

HAPPY BIRTHDAY TO DATO SITI NURHALIZA
Selamat hari ulangtahun yang ke31 untuk dato siti nurhaliza. majlis gilang gemilang ini diadakan di ballroom marriot. kali ini dato siti mengayakan jumpsuit dari rona violet dari fabrik lace dan chiffon dan drapping toga ala kaftan juga dari rona yang sama dan di beri tatahan diamond pada bahagian pinggang.
di majlis itu juga, dato siti melancarkan album terbaru dari beliau iaitu ctkd yang mana beliau berduet dengan diva indonesia kris dayanti.
antara lagu yang bakal hits adalah amarah. di majlis itu juga mereka telah menyampaikan lagu amarah dan nantikan sesuatu yang istimewa hujung bulan ini ya dari mereka dan semestinya dari rizman ruzaini juga!

MY NEW MUSES
liyana jasmay

LJ adalah antara selebriti yang bijak bergaya. beberapa kali bekerjasama dengan beliau membuakan kami senang kerana beliau sangat peka dengan stail2 terbaru. untul ajl, LJ mengayakan dress chifon 14 ladis untuk menhasilkan rona pelangi. kelebihan LJ adalah beliau boleh carry apa jua fesyen.
FAZURA
fazura antara selebriti yang serasi dengan rekaan rizman ruzaini. boleh dikatakan setiap fotografi atau kemunculan beliau akan mengaykan rekaan rizman ruzaini. fazura juga merupakan seorang yang bercitarasa tinggi dalam berfesyen. lihat sahaja kasut beliau. ia merupakan koleksi terbaru dari chanel dan faz memiliki 3psg dari rona hitam, silver dan putih! pic ini adalah untuk fotografi majalah.

3 comments:

love.ME.forever said...
This comment has been removed by the author.
roslina said...

kenapa tak update wahai RnR

huhuhu.. consert siti satu suara tu mana.... upload la gambar dulu... huhuuhuu
please100x..... heheh

lelaki said...

bertuah korang dapat bekerja dgn Dato CT, nak puji sikit baju yg korang buat masa AJL tu mmg mengancam. masa mula2 tgk mmg terpukau lah... hope lps ni buat lah baju utk ct yg grand2 lagi. klu boleh lagi simple lagi bagus. tp agak kecewa dgn baju pink masa konsert bagaikan sakti. mencacatkan penampilan CT.