Wednesday, July 29, 2009

RIZMAN RUZAINI'S news




sudah lama kiranya blog ni tak berupdate.. maaf ya kerana masa tidak mengizinkan.. kheme pun sesama bz. ini pun kami baru pulang dari langkawi. sedikit masa terluang ni, mari sy ceritakan sedikit mengenai rizman ruzaini creations.

sy @rizman bertugas sebagai designer dan juga pr,
ruzaini sebagai designer dan boutique manager,
angel sebagai beading dan quality supervisor,
kheme sebagai pa
dan juga penampilan khas mr faizal hamid yang bertindak sebagai advisor.

itu merupakan tonggak utama yang menggerakkan rizman ruzaini disamping 1 cutter yang sangat berharga dan 4 tukang jahit, 2 tukang sulam dan 4 penjahit manik. ada yang full time dan juga part time. terima kasih kepada team yang bertungkus lumus bersama memastikan bahtera rizman ruzaini terus berlayar dah insyaAllah satu hari akan sampai kedestinasinya..
DATO' SITI NURHALIZA DI APM09

sekali lagi dato siti mengayakan rekaan rizman ruzaini ketika membuat persembahan di anugerah planet muzik tempoh hari. busana peradot green ini disulami dengan perincian rantai dan sulaman manik berwarna gold. pic yang jelas akan diupdate sebaik saja dapat ya. pic ni diambil dari zyeezone11.blogspot.com. thanks kak z.





hmm.. tidak pernah rasanya kami post atau menayangkan hasil kerja kami untuk wedding.
bukan apa,pada saya rekaan untuk customer memerlukan lebih privacy tetapi ramai pula yang meminta agar hasil kerja sebelum ni di post di blog untuk menjadi reference. saya akan cuba tunaikan kerana bukan semua gemar untuk dipertontonkan .Jadi kepada customer rizman ruzaini sudi untuk di pertontonkan, (especially wedding) sudi- sudikanlah menghantarkan pic anda ke email rizman_ruzaini@yahoo.com k.. insyaallah akan dipublishkan.. terima kasih

AZUA'S WEDDING


azua di majlis pernikahan

azua merupakan salah satu teman rapat kepada kami. untuk perkahwinan beliau, rizman ruzaini telah terlibat mereka dua pasang baju untuk majlis pernikahan dan persandingan. untuk majlis pernikahan, azua mengayakan jubah moden 3 tingkat berona 'bone white' yang disulami dengan perincian mutiara hasil sentuhan tangan ruzaini sendiri. untuk majlis persandingan pula, dress labuh berona 'indian sapphere' yang diilhamkan dari busana vintage perkahwinan inggeris era baroque mengunakan fabric duchess satin, tulle dan juga vintage lace. yang istimewa adalah headgear eksklusif ilham rizman ruzaini mengantikan tudung dan viel yang menjadi kebiasaana. sesiapa yang berminat dan ingin mencuba hubungilah kami ya.. hehe tq


perincian pearl pada busana


mr n mrs muzammil


di hari persandingan


mr n mrs muzammil


mr n mrs muzammil



head piece yang mengantikan tudung

Monday, July 27, 2009

RAYA DATANG LAGI

SHOOT!SHOOT!SHOOT!


(MAJALAH HARMONI)
pabila setiap kali tibanya musim raya, mmg menjadi lumrah setiap designer akan sibuk dari kebiasaan. begitu la juga dengan rizman ruzaini. tempahan untuk raya dah pun ditutup. seperti tahun2 sebelum ni, mmg kena sediakan koleksi raya sbb tup2 mesti artis atau wartawan akan call untuk shooting majalah keluaran raya. di sini beberapa koleksi raya tahun ni yang diperagakan beberapa selebriti malaysia.
(MAJALAH MEDIA HIBURAN)

(MAJALAH KELUARGA)


(BERITA HARIAN)