Sunday, December 7, 2008

ANNOUNCING NEW COLLECTION FROM RIZMAN RUZAINI : SWEET SENSATION

Sweet sensation

Mostly inspired from the lady dress silhouette in the year 1940s to 1950s, the design of these collections infuses the fun and a trendy mood. Highly influence by the summer 2009 fashion forecast, the designs amplified and in tandem to the selection of colors and the overall silhouette of the said forecast.

These collection plays with a more shocking, strong and invigorating colored pastel. The idea of using an inviting and shocking pastel shade’s material is to give life to the usually dull and staid color, but at the same time keeping the earthy, exclusivity and sophistication to the overall design. The collection ranges from the most light to the darkest pastel.

The selection of the silhouette in these collections ranges from a ball shape, hour glass, A-shape and draping bustier.

Duchess satin are uses as a base of the design, and it is combined with an intricate and careful selection of French lace, net, chiffon, satin silk and satin crepe for variety thus enhancing the whole ensemble of the collection. The draping technique dominantly used in the collection with a combination of cross draping, pin tuck, printed method. To add class and luxury to the collection it is finished with a diamante detailing. Belt and cummerbund are used to complete the overall style.

As shown in one of the design, a combination of a green pastel hourglass silhouette designs add a more feminine feature to the design. This draping bustier is said to be an innovation of fashion.

photo shoot credits:
make up and hair: syed faizal and rizman ruzaini
styling: rizman ruzaini
fashion director: rizman ruzaini
fashion assistants: angel and hakimi rosli
photographer: fendi shah and fauzi
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Saturday, November 15, 2008

ANUGERAH SKRIN 2008




ANUGERAH SKRIN 2008

Untuk anugerah skrin kali ini, rizman ruzaini berkerja sama dengan dato' siti dan juga nurul shuhada. di sebabkan material (pic) yang sukar didapati, nampak pic2 dari budiey menjadi rujukan. untuk dato siti, busana hitam gold berinspirasikan dari collection terbaru dari ralph lauren. ianya hasil permintaan dari siti sendiri kerana sangat berminat dengan look yang ralph lauren tampilkan seiring dengan tema diaomnd anugerah skrin. fabriknya pula ialah dari lycra dan juga sequin fabric,

koleksi sweet sensation digayakan tengku azura

inspirasi ini yang menjadi pilihan dato siti nurhaliza

Thursday, October 9, 2008

AZUA'S ENGAGEMENT

AZUA'S ENGAGEMENT
HYE... sudah lama kiranya blog ini tidak di update.. apakan daya masa tidak mengizinkan seiring dengan material (pic) yang masih dinanti- nantikan. diatas permintaan rakan yang meminta agar gambar pertunangan nya di post didalam blog tatkala mengayakan rekaan rizman ruzaini, ok azua..here it is.. bukan apa,pada saya rekaan untuk customer memerlukan lebih privacy kerana bukan semua gemar untuk dipertontonkan.. gitulahh.. jadi kepada customer rizman ruzaini yang ingin pic2 diabadikan didalam blog ini (especially wedding) silalah menghantarkan pic ke email rizman_ruzaini@yahoo.com k.. insyaallah akan dipublishkan.. terima kasih dan selamat hari raya
Photobucket

Tuesday, September 16, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA DATO' SITI NURHALIZA

MAJLIS BERBUKA PUASA DATO' SITI NURHALIZA
majlis berbuka puasa bersama dato siti nurhaliza dan memperkenalkan artis2 baru di bawah naungan snp telah berlansung di dewan tun raha bukit bintang kuala lumpur. dato' siti, saida dan saerah mengayakan rekaan rizman ruzaini pada majlis tersebut. rekaan berkonsepkan baju kurung moden kontemperori dari fabric chiffon.
p/s pic akan di update!!
Photobucket

Sunday, September 14, 2008

COVER MAG PEREMPUAN DATO' SITI NURHALIZA

COVER MAG PEREMPUAN DATO' SITI NURHALIZA
untuk cover magazine perempuan ini, dato' ct mengayakan koleksi pre-rtw dari rizman ruzaini. blouse cili red berhud dari fabric chiffon dan satin crepe ini sangat sesuai untuk wanita bertudung yang menggemari fesyen yang ledih stail.dipadankan dengan 'high waisted skirt' dari fabric italian wool dan digayakan dengan slim belt dari rona baju untuk kesan kontra.
make up- najeeb
aksesori- rafflesia (thx bill bora)
p/s thanks kak fariza
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Monday, September 8, 2008

COVER BINTANG POPULAR DATO' SITI NURHALIZA DAN SAIDA

COVER BINTANG POPULAR DATO' SITI NURHALIZA DAN SAIDA
Dato' siti sekali lagi mengayakan rekaan rizman ruzaini untuk cover bintang popular. konsepnya lebih kepada elegent dan softifikated menggunakan fabrik wool untuk skirt dan strechable satin untuk blause.
Photobucket
Photobucket

Friday, August 15, 2008

SITI BERAYA BERSAMA PEMINAT

SITI BERAYA BERSAMA PEMINAT
untuk program raya bersama peminat yang akan ditayangkan pada hari raya nanti, dato siti mengayakan rekaan yang lebih moden. blause puff sleeve dengan detailing dibawah baju dari rona beige dan hitam dipadankan bersama kain duyung hitam.
Photobucket
Photobucket
Photobucket

FESTIVAL FILEM 21 PUTRAJAYA

FESTIVAL FILEM 21 PUTRAJAYA
RIZMAN RUZAINI telah mengayakan DATO SITI NURHALIZA dan ERRA FAZIRA pada ffm di putrajaya. erra mengayakan pre- view koleksi rizman ruzaini yang akan keluar tak lama lagi serta dato siti mengayakan salah satu dari koleksi kurung kontemperori raya rizman ruzaini.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Tuesday, August 5, 2008

TERATAK SITI NURHALIZA

TERATAK SITI NURHALIZA
teratak siti nurhaliza akan menemui penonton pada hari raya pertama. siti nurhaliza, saida dan saerah mengayakan KOLEKSI KURUNG KOMTEMPERORI RAYA. marilah kita saksikan.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Friday, July 18, 2008

MISI MENCARI PEREKA POPULAR


Photobucket
CARA MENGUNDI
Anda mesti mendaftar sebagai ahli R@kanBH
Peraduan ini akan berlangsung dari 18 Julai 2008 hingga 18 Ogos 2008 (selama 1 bulan). Soalan akan ditukar setiap minggu.
BH ABP Pilih Kod Jawapan Kuiz
Contoh: Kod untuk pilih artis
Contoh: BH ABP 1 (jika pilih artis Jalaludin Hassan) NAZA (jawapan kepada soalan mingguan)
Hantar ke DAPAT (32728)
kOD ERRA FAZIRA BH ABP 16
KOD NING BAIZURA ABP 15
KOD NURUL ABP 17
Hadiah:
Untuk Pereka Fesyen (berdasarkan undian SMS artis tertinggi).
Terbuka kepada semua talian 012, 013, 016, 017 dan 019.
Syarat-syarat penyertaan:
Layari www.bharian.com.my
Peraduan ini akan berlangsung dari 18 Julai 2008 hingga 18 Ogos 2008 (selama 1 bulan).
Peraduan ini terbuka kepada semua Rakyat Malaysia. Mereka yang mahu menyertai peraduan ini mesti mendaftarkan diri sebagai ahli R@kanBH.
Mereka yang sudah mendaftar sebagai R@kanbh tidak perlu berbuat demikian.
Untuk menyertai peraduan ini, hantarkan undian bersama-sama jawapan mingguan.
Peserta perlu mengundi seorang selebriti lelaki (kategori Lelaki) dan juga seorang selebriti wanita (kategori Wanita).
Peserta boleh menghantar sebanyak mungkin undian. Seorang peserta bagaimanapun cuma layak untuk memenangi hadiah sekali.
Ahli R@kanbh berpeluang memenangi barang kemas Habib sekiranya undian mereka berdasarkan undian artis yang mendapat undian yang terbanyak dan jawapan yang betul.

Sunday, June 29, 2008

DATO' SITI NURHALIZA- OPENING SUKMA-

DATO' SITI NURHALIZA- OPENING SUKMA-
untuk opening sukma tempoh hari yang berlangsung di terengganu, dato' siti nurhaliza mengayakan rekaan rizman ruzaini. busana ini diilhamkan dari konsep moden dan juga klasik victorian dengan perincian puff sleeve, pintuck dan juga bound botton. fabriknya pula gabungan chiffon, satin silk ,french lace dan juga sequin fabric (seluar).
Photobucket
Photobucket

SHOOT BERSAMA DATO' SITI NURHALIZA DAN SAIDA

SHOOT BERSAMA DATO' SITI NURHALIZA DAN SAIDA
untuk shoot kali ini, rizman ruzaini mengetengahkan konsep klasik dan juga softifikated. koleksi ini campuran dari warna hitam dan juga soft gold. untuk saida, blause dengan perincian pleated mengelilingi high neck diberi nafas baru dengan setuhan klasik dan juga tatahan diamond dipadankan dengan black pants manakala untuk dato' siti, blause dengan hood juga dengan perincian pleated dan juga tatahan diamond dipadankan dengan high waisted skirt dan slim belt sebagai pelengkap gaya.
Photobucket
dato' siti nurhaliza
Photobucket
siti saida

FAZURA -SHOOT -WEDDING COLLECTION-

FAZURA -SHOOT -WEDDING COLLECTION-
fazura mengayakan salah satu dari wedding collection rizman ruzaini untuk bintang popular berita harian. busana ini dari fabric ducthess satin dan juga french lace ini merupakan satu inovasi dari kurung moden . ia sesuai untuk digayakan pada majlis pernikahan ataupun resepsi.
Photobucket

Saturday, June 21, 2008

Bual Fesyen: Dua pereka setaraf 'D&G'

Bual Fesyen: Dua pereka setaraf 'D&G'
Berita Harian
18 jun 2008
Photobucket
RIZMAN RUZAINI
Dua pereka muda ini mungkin boleh dianggap masih 'hijau' dalam dunia fesyen tanah air, namun kemampuan mereka tidak dapat dipertikaikan. Melangkah berani daripada lingkungan kebiasaan pelajar lain, Rizman Nordin dan sahabatnya, Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil, tampil dengan cara tersendiri untuk mencipta nama dalam industri penuh persaingan ini. Menghasilkan rekaan pakaian untuk artis terkemuka tanah air ketika masih bergelar pelajar, kedua sahabat ini membuka laluan lebih awal untuk menyertai dunia fesyen tanah air sebaik tamat pengajian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Seni Reka Fesyen pada Ogos 2007. Bergandingan tenaga dengan menjenamakan rekaan mereka sebagai Rizman Ruzaini, ketelitian hasil kerja mereka mendapat perhatian artis terkemuka tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Ning Baizura dan Ziana Zain yang turut menjadi rebutan pereka lain.
Mereka tidak kisah digelar pereka fesyen selebriti kerana ia sememangnya menjadi matlamat mereka. Tanpa berselindung, kedua-duanya mengakui kurang dikenali melalui pertandingan rekaan fesyen kerana lebih cenderung menghasilkan rekaan berkonsep komersil berbanding kreatif mahupun dramatik. Bual Fesyen berpeluang menemui dua pemuda ini untuk mengenali mereka secara lebih dekat.
Citra: Anda dikira masih baru dalam industri fesyen tanah air, bagaimana anda melihat persaingan dan suasana industri ini hari ini?
Persaingan memang tidak dapat dinafikan begitu sengit dan mencabar, tetapi yang bagusnya kebanyakan pereka fesyen seperti Hatta Dolmat, Hazwani osman dan sebagainya adalah di kalangan rakan kami sendiri. Kami pernah belajar di kampus yang sama dan ini membuatkan hubungan antara kami amat baik sekali. Ada masa lapang, kami berkumpul seperti mandi sungai bersama dan berbincang apa yang boleh dilakukan untuk memajukan jenama masing-masing. Kami ambil pendekatan persaingan yang sihat dan bersifat positif agar tidak timbul perasaan cemburu antara satu sama lain.
Citra: Tidak ramai pereka berminat tampil berdua dalam satu jenama seperti apa yang anda lakukan sekarang. Adakah anda kurang yakin untuk tampil solo?
Di Malaysia memang ada dua nama dalam satu rekaan, tetapi ia kurang diamalkan. Maksudnya, seorang adalah pereka yang seorang lagi lebih kepada pemasaran. Ia berbeza dengan Rizman Ruzaini kerana kami memang bergabung tenaga menghasilkan idea terbaru dalam rekaan kami. Ia juga boleh dikatakan satu strategi untuk melonjakkan nama dalam industri ini malah jika dilihat pada peringkat antarabangsa seperti Dolce & Gabbana berjaya dengan strategi ini. Seperti yang dijelaskan tadi, dua idea dalam satu rekaan sudah pasti memberikan keunikan tersendiri. Kami juga buat rekaan masing-masing dan cantumkan dalam satu pakaian agar lebih unik dan segar. Insya-Allah, kami akan mempertahankan nama ini kerana sejak awal kami sudah mengharungi segala cabaran dan halangan secara berdua.
Citra: Ceritakan detik kesukaran dan kepayahan untuk mencipta nama dalam bidang ini. Apakah halangan utama yang terpaksa anda berdua hadapi?
Oleh kerana ramai pereka fesyen adalah rakan kami yang akrab juga, kami perlu saling menjaga perasaan masing-masing. Isu seperti rekaan yang dihasilkan sama antara satu sama lain sedikit sebanyak mungkin akan timbul. Masalahnya, ‘sifu’ kami adalah orang yang sama. Justeru, sentuhan juga mungkin sama tetapi identiti saja yang lain. Identiti ini perlu dibina untuk maju ke depan dan lebih dikenali. Siapa yang ingin lebih maju perlu bergerak dan berfikir lebih pantas untuk tampil berbeza.
Citra: Sejauh mana pertandingan fesyen yang dianjurkan di negara seperti Mifa, boleh membantu anda?
Membabitkan diri dalam pertandingan gah seperti Mifa adalah satu peluang keemasan bagi kami. Ia adalah satu penghargaan khususnya untuk pereka baru yang ingin mencari tapak dalam bidang ini. Sememangnya bukan mudah untuk pereka baru menyertai Mifa kerana penganjurnya sangat memilih. kami menyertai Mifa 8 ini kerana ia menilai daya kreativiti dan seni pada rekaan yang dihasilkan berbanding pereka seperti kami yang lebih mementingkan identiti ringkas, klasik, bergaya dan canggih. Inilah yang kami tekankan sejak awal jenama kami diperkenalkan hingga kini.
Citra: Adakah anda bersetuju jika dikatakan fesyen dianggap berkaitan dengan glamor semata-mata atau fesyen sebenarnya untuk semua orang?
Fesyen adalah untuk mereka yang gemar menonjolkan diri melalui apa yang dipakai. Baju yang dipilih itu walaupun ringkas potongan dan kemasannya, boleh menimbulkan aura glamor. Antara sedar atau tidak, setiap orang memerlukan fesyen, malah masyarakat dulu kala menggunakan daun, tetapi daun itu dianyam agar nampak menarik. Glamor pula tidak semestinya ditafsirkan sebagai rekaan yang sarat butiran, tetapi yang ringkas dan kemas juga boleh menimbulkan gaya tersendiri.
Citra: Jenama Rizman Ruzaini dikenali melalui artis dan selebriti ternama sejak awal penampilan anda berdua lagi. Adakah anda merasakan cara ini lebih berkesan atau sekadar mengejar glamor semata-mata?
Kami bermula dengan mereka pakaian untuk artis antaranya seperti Pija, Yasmin Hani, Betty Benafe dan Nurul. Ziana Zain membuka peluang yang lebih cerah untuk kami apabila beliau pula bersetuju untuk menggayakan rekaan kami untuk digayakan pada Anugerah Bintang Popular 2006 sekali gus menempa nama dalam industri ini walaupun masih bergelar pelajar. Beliau adalah ikon fesyen. Ini diikuti dengan Dayang Nur Faizah. Apabila rekaan kami digayakan mereka dan dipaparkan di dalam majalah, Datuk Siti Nurhaliza menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat kami. Sebagai pereka yang masih terlalu baru, kami berasa cukup berbangga apabila nama besar seperti Siti meminta kami menghasilkan rekaan untuknya sedangkan ramai lagi pereka yang mempunyai nama kukuh dalam industri ini belum mendapat peluang keemasan ini.ini diikuti oleh Erra Fazira dan Ning Baizura. Mereka semua ini adalah ikon fesyen yang menjadi ikutan ramai. Tidak salah menggunakan artis untuk mengiklankan label kami. Ia adalah satu cara untuk memasarkan jenama Rizman Ruzaini. Dalam apa bentuk perniagaan sekalipun, kita terpaksa mendahulukan modal baru mendapat keuntungan. Kami rasa tidak menjadi masalah untuk menaja pakaian khususnya untuk artis berkelas A kerana ia adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Bagaimanapun, artis seperti Siti tidak pernah minta ditaja sejak awal kami menggunakan khidmat kami. Jika ada yang mengatakan kami pereka fesyen selebriti, kami tidak kisah.
Citra: Identiti penting bagi membezakan rekaan anda dengan pereka lain. Apakah keistimewaan yang anda tawarkan dalam setiap rekaan dihasilkan?
Rekaan kami berkonsep kemas dan ringkas. Ia agak ‘tricky’ melalui potongan dengan memanipulasikan pola pakaian. Misalnya, sentuhan Ruzaini lebih kepada maskulin, manakala sentuhan saya (Rizman) pula agak feminin. Apabila elemen ini dicantumkan dalam satu pakaian, ia menghasilkan dwi dimensi feminin pada bahagian atas dan maskulin pada bahagian bawahnya. Ia bukan saja sesuai digayakan artis dan selebriti, tetapi golongan penggemar fesyen sama ada untuk ke pejabat atau majlis tertentu. Walaupun menghasilkan rekaan untuk artis, kami juga mempunyai pelanggan biasa yang ingin menggayakan rekaan ringkas, tetapi anggun untuk majlis perkahwinan atau majlis seperti makan malam dan sebagainya.
Citra: Mengapa anda memilih untuk beroperasi di rumah saja berbanding butik seperti yang dilakukan kebanyakan pereka lain? Sebagai pereka baru yang baru menamatkan pengajian pada Ogos lalu, kos menjadi ukuran untuk kami melangkah lebih jauh. Pada tahap awal ini, kami memfokuskan untuk mengukuhkan jenama Rizman Ruzaini. Kami pilih konsep ‘house boutiqe’ kerana ia bukan saja menjimatkan kos, tetapi kini menjadi tren yang diamalkan kebanyakan pereka fesyen lain. Apa yang lebih penting adalah strategi pemasaran kerana walaupun berada di dalam pusat beli-belah, kita tidak boleh mengharapkan pelanggan datang ke butik. Begitu juga dengan pakaian siap dipakai, ia memang sukar dilakukan melainkan seorang pereka itu mempunyai identiti tersendiri seperti eclipse dan Rizalman yang mengetengahkan idea kaftannya sehingga menjadi kegilaan di Dubai.
Citra: Dulu anda seorang pelajar dan kini bergelar pereka fesyen yang sedang mencipta nama dalam industri ini. Pada pendapat anda, sejauh mana pengajian anda itu membantu kerjaya anda sekarang? Bergelar pelajar, kita terikat dengan sukatan pembelajaran dan cita rasa pensyarah. Memang tidak dinafikan apa yang dipelajari itu membantu, tetapi kami berharap pelajar diberikan kebebasan untuk menghasilkan rekaan masing-masing bagi membolehkan mereka meluahkan daya kreativiti sebaik mungkin. Pelajar juga sebaiknya didedahkan dengan apa yang ada dalam industri fesyen sebenarnya. Mereka harus diberi peluang untuk keluar ke alam nyata. Ini penting sebagai persediaan agar tidak tercari-cari identiti apabila keluar bekerja kelak. Peluang seperti ini juga membolehkan kolej fesyen melahirkan pereka fesyen berbakat dan kreatif. Sewaktu bergelar pelajar dan menghasilkan rekaan untuk artis, tidak dinafikan ada yang memandang serong dan menganggap ia melanggar batas sebagai pelajar. Bagaimanapun hasil sokongan penuh pensyarah seperti Cik Kalsom, Faizal Hamid, Anaz Musafir dan Pn Sherry, kami berjaya ke hari ini.
Citra: Apakah perancangan anda seterusnya?
Setiap pereka mahu mereka terus dikenali dan rekaan mereka diterima pakai oleh masyarakat. Walaupun lebih dikenali di kalangan artis, kami sedang menuju matlamat menghasilkan rekaan pakaian ke pejabat yang kemas, namun berpotongan menarik seperti yang digayakan Tengku Azura. Kami berharap dapat menghasilkan rekaan yang bakal menjadi ikutan di Malaysia.

ZIANA ZAIN FOR URTV

ZIANA ZAIN FOR URTV
untuk shoot ziana zain bersama urtv, rizman ruzaini telah menyediakan 2 outfit iaitu short dress dari kombinasi ducthess satin dan juga french lace. baju kedua pula high waisted pants dipakai bersama blause puff dari rona coklat.
Photobucket
Photobucket

NORA DANISH COVER NONA

NORA DANISH COVER NONA
Untuk nona keluaran julai 08, nora danish telah mengayakan koleksi rizman ruzaini. short dress dari fabric brocade china ini diberi nafas barat dengan suntikan imej victorian di bahagian neckline iaitu susunan pleated bertingkat-tingkat dan juga tatahan batu disamping pacthed lace di bahagian dada.
Photobucket

SHOOT BERSAMA STACY

SHOOT KOSMO VASS BERSAMA STACY
rizman ruzaini juga berkerjasama dengan stacy juara af6 untuk cover kosmo tempoh hari.(dah x ingat date) stacy mengayakan koleksi hitam mysterious desire yang pendek.
Photobucket

AF6 FINAL

AF6 FINAL
untuk sepanjang af6 kali ini, rizman ruzaini dipertanggungjawabkan untuk mengayakan ning baizura termasuklah di konsert final. kepada peminat af atau ning baizura pasti akan mengingati kerana berbagai2 konsep diketengahkan dari elegent hinggalah kepada barbie doll. untuk final tempoh hari, konsepnya menampilkan ning sebagai seorang diva. selain ning, marsha turut menggayakan rekaan rizman ruzaini. tetapi pic yang kite dapat tak banyak cuma dari gua. thanks n credit to gua.
Photobucket
Photobucket

TRIUMP AWARD LAUNCH

TRIUMP AWARD LAUNCH
dah lama sangat rasanya blog ni x berupdated sbb x berkesempatan. kita mulakan dengan launching triump yang berlansung di pavillion. rizman ruzaini mengayakan nurul pada hari itu. dress pendek dari ducthess satin di beri sentuhan pleated in seam di bahagian depan baju. detailing pula warna merah kerana menepati temanya iaitu putih dan a touch of red.
Photobucket
nurul yang jelita
Photobucket
nurul, fazura , sazzy

Monday, May 12, 2008

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 15

3 MAY 2008
ATILIA mengayakan rekaan rizman ruzaini tatkala mengadakan persembahan bersama dayang dan juga datuk siti.konsepnya klasik dan elegant yang selama ini mmg menjadi tredemark rizman ruzani. terima kasih ATILIA kerana sudi menempah dari rizman ruzaini.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
AIM 14 (2007) Pertama kali DATO' SITI mengayakan rekaan RIZMAN RUZAINI
next... natikan...