Friday, May 7, 2010

MARCH & APRIL JURNAL

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2009

DATO SITI NURHALIZA in rizman ruzaini.

untuk abp 2009, rizman ruzaini mengayakan 5 orang artis iaitu dato siti nurhaliza, nurul, liyana jasmay, scha al yahya dan dafi. idea cetusan warna dimanipulasi mengikut perwatakan masing2. ini merupakan tahun keempat rizman ruzaini melibatkan diri dalam anbp dan tahun ini antara yang teramai caleb mengayakan rekaan rizman ruzaini.


*p/s: pic2 lain akan diupload secepat mungkin.

ZIANA ZAIN FOR SLIMWORLD

ziana zain mengayakan blue top yang digayakan dengan highwasted skirt dari rona silver untuk pelancaran slimword . gaya sophisticated begini sesuai dengan dirinya yang gemar berfesyen.

PARTY PPMH


untuk party ppmh, rizman ruzaini mengayakan dato siti nurhaliza dan juga nurul. untuk dato siti, long dress hitam dari fabric net diberi sentuhan gathers dibahagian bawah yang menjadi treadmark rizman ruzaini dan dipadankan dengan jacket strappy silver dari fabric wool manakala nurul long dress one shoulder dari fabric chiffon.


'PRECIOUS' -aspirations of an exquisite gems.


untuk stylo fashion week, rizman ruzaini memaparkan koleksi terbaru ytang bertemakan :'PRECIOUS' -aspirations of an exquisite gems. koleksi in diinspirasikan dari 6 ciri batu permata iaitu white diamond, sapphire bue, ruby red, emerald green, amethyst dan yellow topaz. setiap rekaan berpandukan sifat yang ada pada setiap batu..

master piece yang diinspirasikan dari sapphire blue

white diamond
amethyst

emerald
ruby red
topaz yellow

ULANGTAHUN KE 15 DATO SITI NURHALIZA DAN PELANCARAN APRESIASI

Dato siti nurhaliza mengayakan dress drapping dari rona pastel pink dan biru. dress dari fabric net ini diinspirasikan dari goodess greece.


untuk saeda dan saerah, rekaan yang lebik kasual diterapkan sesuai dengan konsep albun apresiasi yang diketengahkan.

SHOOT SPREAD ABP BERSAMA BERITA HARIAN


dato siti mengayakan dress dari rona nilam. busana yang berpotongan duyung ini diberikan perincian silver bersilan dengan tatahan diamond.

ZIANA ZAIN @ UMIE AIDA WEDDING


untuk majlis ini, ziana zain mengayakan kaftan dari rona hijau zamrud. perician silver dibahagian hadapan sebagai pelengkap gaya. busana ini dipilih sebagai best dressoleh media prima untuk acara tersebut.

PELANCARAN SIMPLYSITI


rizman ruzaini dijemput oleh dato siti nurhaliza untuk melancarkan produck beliau iaitu simplysiti dengan mengadakan fashion show sambil model2 mengayakan simplysiti. koleksi ini adalah insanely white.

DATO SITI NURHALIZA @ LG FINAL

untuk lg final, long flaired black skirt dipadankan dengan top dari warna shocking pink. kedua-duanya dari fabric italian net.

PELANCARAN SHOWCASE CTKD DI SACC MALL


ato siti mengayakkan blouse drapping dari rona royale blue. blouse dari fabric wool ini diber perincian silver metal dibahu dan dipadankan dengan slack hitam.

DATO SITI NURHALIZA DI SINGAPURA


Untuk konsert bersama media corp singapura, dato siti mengayakan long dress dari rona beige. dress berpotongan mermaid ini diberikan perincian drapping dari fabric net dibahangian depan baju.

Dato siti nurhaliza mengayakan long dress dari fabric emilio pucci untuk cover majalah manja di singapore.

PELANCARAN CTKD DI INDONESIA



Untuk majlis ini, dato siti mengayakan short kaftan rona putih dari fabric chiffon. perician di dada sebagai pelengkap gaya.

Sunday, February 28, 2010

FEBRUARY JURNAL

TEATER ANTARA
day 1

untuk malam pertama, zz mengayakan kaftan dari rona beige dengan perincian silver. manipulasi pola yang didrape dibahagian tangan dan juga drapping dibahagian depan. yang menariknya pemakaian turbun juga dari rona silver.
TEATER ANTARA
day 2
untuk malam kedua, dress labuh dari rona pale pink ini juga satu tenik manipulasi pola dan drapping yang terbaru dari rizman ruzaini. disuntik dengan huge butterfly sleeve menamoakkan busana ini ala2 kaftan. perinciannya pula tertumpu pada bahagian tengah baju. diserikan dengan pemakaian aksesori rantai crystal yang merupakan treadmark terbaru dari rizman ruzaini.

VALENTINE'S DATE WITH ZIANA ZAIN S'PORE

untuk VALENTINE'S DATE WITH ZIANA ZAIN yang diadakan disingapore tempoh hari, zz mengayakan dress labuh gaya 60'. top yang diberikan sentuhan pleated pada pinggan memberi ilusi ramping untuk zz yang sememanganya sudah ramping. dipadankan dengan skirt potongan duyung melengkapkan lagi gayan pada busana ini. fabricnya pula adalah leapord print thaisilk untuk bahagian baju dan plain thaisilk dari rona kelabu.

MENTOR PREVIEW

untuk preview dan juga poster rancangan realiti mentor yang akan diadakan taklama lagi, zz mengayakan short dress dengan highwaisted skirt. dress dari rona hitam ini mengunakkan fabric wool dan juga crepe. diberi sentuhan rona gold pada perincian bersesuaian dengan belt fendi kegemaran zz.

KONSERT SATU SUARA
day 1

untuk konsert satu suara yang berlangsung di ib tempoh hari, dct mengayakan 3 pasang baju. untuk hari pertama, dct mengayakan dress dari rona vintage blue dengan perincian silver. konsep hari pertama ni adalah diinspirasikan dari busana fairy tales cinderella.
do it urself!! dct membuat dan menjahit glove sendiri!! kreatif kan??
taraaa.. hasilnya..
KONSERT SATU SUARA
day 2
untuk hari kedua, konsepnya adalah gothic rock princess. dress dari rona pink ini diberi sentuhan rock ala military dengan perincian shoulder pad yang penuh perincian. walaupun menampilkan gaya gothic, dct tetap ayu dengan headpiece tocang kegemarannya.
KONSERT SATU SUARA
day 3
untuk hari ketiga, diatas permintaan ramai yang mahukan busana pada poster concert dipakai di concert, kami tunaikan pada hari ketiga. trench coat dari fabric wool ini juga ada unsur unsur military. dengan perician teknik drapping sudah cukup untuk menbuatkan dct tampil penuh gaya.
MENTOR PC
untuk pc mentor ini, blouse merah menyala dari fabric thaisilk ini dipadankan dengan pencil skirt dari rina yang sama. diberi sentuhan butang pada lengan baju menambahkan lagi keserian busana ini. pemakaian belt fendi dari rona hitam sebagai pelengkap gaya.
TEATER ANTARA PC
untuk pc teater antara pula, zz mengayakan blause dari rona light fushia ini dipadankan dengan highwasted pants dari rona beige. pemakaian belt fendi dari rona gold sebagai pelengkap gaya. gaya ini merupakan salah satu gaya ready to wear dari rizman ruzaini.
p/s: pic credit to BUDIEY

MURAI.COM 'Siti & Ziana Tawanan Rizman Ruzaini'

24-Feb-2010 | Oleh: Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2010: Populariti Rizman Ruzaini sebagai jenama fesyen tempatan yang semakin teguh di hati setiap penggemar fesyen tanah air, tidak boleh dipertikaikan. Namakan saja selebriti popular tanah air yang pernah menyarungkan persalinan anggun gemalai ciptaan Rizman Ruzaini,pasti ramai pereka fesyen lain yang ingin mendapat keistimewaan itu.

Apatah lagi, usia label fesyen yang diusahakan gabungan 2 pereka, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil ini boleh dikira masih terlalu muda, jika mahu dibandingkan dengan beberapa pereka fesyen tersohor lain seperti Rizalman Ibrahim dan Micheal Ong.

Baru saja selesai dengan penyediaan busana Dato Siti Nurhaliza ketika Konsert Satu Suara yang menampilkan 2 bintang muda, Faizal Tahir dan Aizat di Istana Budaya pada pertengahan bulan ini, Rizman Ruzaini telah diberi peluang keemasan sekali lagi. Bukan dari Dato Siti, sebaliknya Diva Pop, Ziana Zain yang menginginkan gabungan kreativiti 2 pereka itu bagi menyerlahkan lagi penampilannya untuk teater Antara arahan Erma Fatima dan musim terbaru program realiti TV, Mentor tidak lama lagi. Inilah peluang yang sangat dinanti-nantikan oleh Rizman Ruzaini,malah jauh sekali untuk dilepaskan begitu saja.

Ditemui portal murai.com.my baru-baru ini, Rizman berkata sebagai pereka fesyen dia amat berbesar hati apabila sekali lagi berpeluang bekerjasama dengan penyanyi Puncak Kasih itu kerana dalam masa beliau merupakan selebriti kegemarannya."Kali terakhir Ziana menyarungkan pakaian rekaan kami ialah ketika Anugerah Juara Lagu 2008. Selepas itu dia berehat seketika kerana bersalin. Tak sangka pula sekembalinya dia dalam industri, Ziana masih memilih kami sebagai pereka fesyen kegemarannya.

"Sememangnya kami sukakan Ziana.Kerana dia adalah diantara selebriti yang mempunyai citarasa fesyen yang tinggi. Skirt atau seluar potongan high cut ciptaan kami, itu adalah kesukaan Ziana."Malah dari segi penggayaan,kami tidak punyai masalah untuk bekerjasa dengannya. Kerana dia sukakan fesyen dan miiliki banyak aksesori fesyen sendiri, jadi selalunya ianya amat memudahkan tugas kami bila bekerjasama denggannya," kata Rizman.

Selain Dato Siti dan Ziana, Rizman Ruzaini juga pernah mereka pakaian untuk Ning Baizura, Erra Fazira,Liyana Jasmay, Fazura, Fasha sandha, Maya Karin, dan Yasmin Hani, Farahwahida, Pija antara yang terawal bekerjasama dengan pereka duo ini.

Untuk projek Ziana bersama Mentor, Rizman berkata pelakon yang baru melahirkan bayi kembar itu akan menyarungkan sepenuhnya pakaian rekaan Rizman Ruzaini dan dia sudahpun bersedia dengan beberapa rekaan eksklusif untuk selebriti idaman ramai itu.

Bercerita mengenai ragam fesyen Dato Siti Nurhaliza, Rizman berkata penyanyi nombor satu itu gemarkan rekaan pakaian seperti seorang puteri dan gemar bermain dengan rona-rona meriah. Ia merupakan kelebihan dato siti kerana beliau mampu 'carry' apa jua warna. Selain itu, dato siti juga gemar berkongsi pandangan dan memberikan idea untuk busana yang akan digayakan.

"Dato Siti adalah satu lagi selebriti yang telah menggunakan jenama Rizman Ruzaini sejak agak lama. Senang bekerja dengan Dato Siti, kerana dia sentiasa menerima pandangan kami walaupun ada kalanya rekaan untuk Dato Siti agak terhad. Yang paling penting keserasian itu ada diantara selebriti dan pereka.

"Seperti juga Ziana dan Liyana Jasmay, Dato Siti merupakan salah seorang artis yang kerap menempah busana rekaan kami", katanya.

Rizman Ruzaini bakal tampil dengan koleksi ready to wear yang menggunakan corak batik dari rekaan pereka terkenal Pucci. Melebarkan lagi sayap perniagannnya, mereka akan turut lahir dengan koleksi sang pria. Kedua-duanya boleh didapati di Designer Room yang akan dibuka di Shah Alam, Selangor tak lama lagi.

P/S: THANKS SO MUCH TO AYIE:)