Sunday, February 28, 2010

FEBRUARY JURNAL

TEATER ANTARA
day 1

untuk malam pertama, zz mengayakan kaftan dari rona beige dengan perincian silver. manipulasi pola yang didrape dibahagian tangan dan juga drapping dibahagian depan. yang menariknya pemakaian turbun juga dari rona silver.
TEATER ANTARA
day 2
untuk malam kedua, dress labuh dari rona pale pink ini juga satu tenik manipulasi pola dan drapping yang terbaru dari rizman ruzaini. disuntik dengan huge butterfly sleeve menamoakkan busana ini ala2 kaftan. perinciannya pula tertumpu pada bahagian tengah baju. diserikan dengan pemakaian aksesori rantai crystal yang merupakan treadmark terbaru dari rizman ruzaini.

VALENTINE'S DATE WITH ZIANA ZAIN S'PORE

untuk VALENTINE'S DATE WITH ZIANA ZAIN yang diadakan disingapore tempoh hari, zz mengayakan dress labuh gaya 60'. top yang diberikan sentuhan pleated pada pinggan memberi ilusi ramping untuk zz yang sememanganya sudah ramping. dipadankan dengan skirt potongan duyung melengkapkan lagi gayan pada busana ini. fabricnya pula adalah leapord print thaisilk untuk bahagian baju dan plain thaisilk dari rona kelabu.

MENTOR PREVIEW

untuk preview dan juga poster rancangan realiti mentor yang akan diadakan taklama lagi, zz mengayakan short dress dengan highwaisted skirt. dress dari rona hitam ini mengunakkan fabric wool dan juga crepe. diberi sentuhan rona gold pada perincian bersesuaian dengan belt fendi kegemaran zz.

KONSERT SATU SUARA
day 1

untuk konsert satu suara yang berlangsung di ib tempoh hari, dct mengayakan 3 pasang baju. untuk hari pertama, dct mengayakan dress dari rona vintage blue dengan perincian silver. konsep hari pertama ni adalah diinspirasikan dari busana fairy tales cinderella.
do it urself!! dct membuat dan menjahit glove sendiri!! kreatif kan??
taraaa.. hasilnya..
KONSERT SATU SUARA
day 2
untuk hari kedua, konsepnya adalah gothic rock princess. dress dari rona pink ini diberi sentuhan rock ala military dengan perincian shoulder pad yang penuh perincian. walaupun menampilkan gaya gothic, dct tetap ayu dengan headpiece tocang kegemarannya.
KONSERT SATU SUARA
day 3
untuk hari ketiga, diatas permintaan ramai yang mahukan busana pada poster concert dipakai di concert, kami tunaikan pada hari ketiga. trench coat dari fabric wool ini juga ada unsur unsur military. dengan perician teknik drapping sudah cukup untuk menbuatkan dct tampil penuh gaya.
MENTOR PC
untuk pc mentor ini, blouse merah menyala dari fabric thaisilk ini dipadankan dengan pencil skirt dari rina yang sama. diberi sentuhan butang pada lengan baju menambahkan lagi keserian busana ini. pemakaian belt fendi dari rona hitam sebagai pelengkap gaya.
TEATER ANTARA PC
untuk pc teater antara pula, zz mengayakan blause dari rona light fushia ini dipadankan dengan highwasted pants dari rona beige. pemakaian belt fendi dari rona gold sebagai pelengkap gaya. gaya ini merupakan salah satu gaya ready to wear dari rizman ruzaini.
p/s: pic credit to BUDIEY

MURAI.COM 'Siti & Ziana Tawanan Rizman Ruzaini'

24-Feb-2010 | Oleh: Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2010: Populariti Rizman Ruzaini sebagai jenama fesyen tempatan yang semakin teguh di hati setiap penggemar fesyen tanah air, tidak boleh dipertikaikan. Namakan saja selebriti popular tanah air yang pernah menyarungkan persalinan anggun gemalai ciptaan Rizman Ruzaini,pasti ramai pereka fesyen lain yang ingin mendapat keistimewaan itu.

Apatah lagi, usia label fesyen yang diusahakan gabungan 2 pereka, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil ini boleh dikira masih terlalu muda, jika mahu dibandingkan dengan beberapa pereka fesyen tersohor lain seperti Rizalman Ibrahim dan Micheal Ong.

Baru saja selesai dengan penyediaan busana Dato Siti Nurhaliza ketika Konsert Satu Suara yang menampilkan 2 bintang muda, Faizal Tahir dan Aizat di Istana Budaya pada pertengahan bulan ini, Rizman Ruzaini telah diberi peluang keemasan sekali lagi. Bukan dari Dato Siti, sebaliknya Diva Pop, Ziana Zain yang menginginkan gabungan kreativiti 2 pereka itu bagi menyerlahkan lagi penampilannya untuk teater Antara arahan Erma Fatima dan musim terbaru program realiti TV, Mentor tidak lama lagi. Inilah peluang yang sangat dinanti-nantikan oleh Rizman Ruzaini,malah jauh sekali untuk dilepaskan begitu saja.

Ditemui portal murai.com.my baru-baru ini, Rizman berkata sebagai pereka fesyen dia amat berbesar hati apabila sekali lagi berpeluang bekerjasama dengan penyanyi Puncak Kasih itu kerana dalam masa beliau merupakan selebriti kegemarannya."Kali terakhir Ziana menyarungkan pakaian rekaan kami ialah ketika Anugerah Juara Lagu 2008. Selepas itu dia berehat seketika kerana bersalin. Tak sangka pula sekembalinya dia dalam industri, Ziana masih memilih kami sebagai pereka fesyen kegemarannya.

"Sememangnya kami sukakan Ziana.Kerana dia adalah diantara selebriti yang mempunyai citarasa fesyen yang tinggi. Skirt atau seluar potongan high cut ciptaan kami, itu adalah kesukaan Ziana."Malah dari segi penggayaan,kami tidak punyai masalah untuk bekerjasa dengannya. Kerana dia sukakan fesyen dan miiliki banyak aksesori fesyen sendiri, jadi selalunya ianya amat memudahkan tugas kami bila bekerjasama denggannya," kata Rizman.

Selain Dato Siti dan Ziana, Rizman Ruzaini juga pernah mereka pakaian untuk Ning Baizura, Erra Fazira,Liyana Jasmay, Fazura, Fasha sandha, Maya Karin, dan Yasmin Hani, Farahwahida, Pija antara yang terawal bekerjasama dengan pereka duo ini.

Untuk projek Ziana bersama Mentor, Rizman berkata pelakon yang baru melahirkan bayi kembar itu akan menyarungkan sepenuhnya pakaian rekaan Rizman Ruzaini dan dia sudahpun bersedia dengan beberapa rekaan eksklusif untuk selebriti idaman ramai itu.

Bercerita mengenai ragam fesyen Dato Siti Nurhaliza, Rizman berkata penyanyi nombor satu itu gemarkan rekaan pakaian seperti seorang puteri dan gemar bermain dengan rona-rona meriah. Ia merupakan kelebihan dato siti kerana beliau mampu 'carry' apa jua warna. Selain itu, dato siti juga gemar berkongsi pandangan dan memberikan idea untuk busana yang akan digayakan.

"Dato Siti adalah satu lagi selebriti yang telah menggunakan jenama Rizman Ruzaini sejak agak lama. Senang bekerja dengan Dato Siti, kerana dia sentiasa menerima pandangan kami walaupun ada kalanya rekaan untuk Dato Siti agak terhad. Yang paling penting keserasian itu ada diantara selebriti dan pereka.

"Seperti juga Ziana dan Liyana Jasmay, Dato Siti merupakan salah seorang artis yang kerap menempah busana rekaan kami", katanya.

Rizman Ruzaini bakal tampil dengan koleksi ready to wear yang menggunakan corak batik dari rekaan pereka terkenal Pucci. Melebarkan lagi sayap perniagannnya, mereka akan turut lahir dengan koleksi sang pria. Kedua-duanya boleh didapati di Designer Room yang akan dibuka di Shah Alam, Selangor tak lama lagi.

P/S: THANKS SO MUCH TO AYIE:)

Saturday, January 23, 2010

JANUARY JURNAL

KONSERT SATU SUARA

Konsert satu suara yang akan berlangsung di istana budaya februari ini melibatkan dato siti nurhaliza, faizal tahir dan aizat. rizman ruzaini dipertanggungjawabkan untuk mengayakan mereka untuk poster konsert ini. ketiga-tiga artis mengayakan koleksi rizman ruzaini yang bertemakan konsep military tetapi dalam terjemahan elegan dan softifikated. untuk konsert pula, kami akan bekerjasama dengan hazwani osman yang akan mereka busana untuk aizat dan faizal tahir. konsepnya?? nantikan ya
untuk pc konsert baru2 ini, dato siti mengayakan salah satu blause RnR dari rizman ruzaini. ia merupakan ready to wear dari rizman ruzaini. blouse yang mengunakan fabric dari emilio pucci dari rona biru ini adalah koleksi terbaru dari rizman ruzaini.

ANUGERAH JUARA LAGU 24

anugerah juara lagu telah melabuhkan tirai dengan jayanya. ini merupakan antara juara lagu yang terbaik! satu lagi impian rizman ruzaini telah terlaksana untuk melihat dato siti nurhaliza mengayakan rekaan kami di pentas juara lagu. sekalung penghargaan kepada beliau kerana sekali lagi sudi bekerjasama dengan rizman ruzaini. busana hitam ditaburi dengan swarovski diamond serta aluminium diamond ini adalah cetusan ilham dato siti sendiri yang meminati gaya terbaru dari Chanel. kami merealisasikan dengan memasukkan unsur muzik dari 3 genre yang berlainan kerana lagu untukmu yang dipersembahkan oleh beliau diubah suai menjadi tiga lagu yang berbeza. sungguh mengasyikkan!

HAPPY BIRTHDAY TO DATO SITI NURHALIZA
Selamat hari ulangtahun yang ke31 untuk dato siti nurhaliza. majlis gilang gemilang ini diadakan di ballroom marriot. kali ini dato siti mengayakan jumpsuit dari rona violet dari fabrik lace dan chiffon dan drapping toga ala kaftan juga dari rona yang sama dan di beri tatahan diamond pada bahagian pinggang.
di majlis itu juga, dato siti melancarkan album terbaru dari beliau iaitu ctkd yang mana beliau berduet dengan diva indonesia kris dayanti.
antara lagu yang bakal hits adalah amarah. di majlis itu juga mereka telah menyampaikan lagu amarah dan nantikan sesuatu yang istimewa hujung bulan ini ya dari mereka dan semestinya dari rizman ruzaini juga!

MY NEW MUSES
liyana jasmay

LJ adalah antara selebriti yang bijak bergaya. beberapa kali bekerjasama dengan beliau membuakan kami senang kerana beliau sangat peka dengan stail2 terbaru. untul ajl, LJ mengayakan dress chifon 14 ladis untuk menhasilkan rona pelangi. kelebihan LJ adalah beliau boleh carry apa jua fesyen.
FAZURA
fazura antara selebriti yang serasi dengan rekaan rizman ruzaini. boleh dikatakan setiap fotografi atau kemunculan beliau akan mengaykan rekaan rizman ruzaini. fazura juga merupakan seorang yang bercitarasa tinggi dalam berfesyen. lihat sahaja kasut beliau. ia merupakan koleksi terbaru dari chanel dan faz memiliki 3psg dari rona hitam, silver dan putih! pic ini adalah untuk fotografi majalah.