Saturday, March 10, 2007

RIZMAN RUZAINI creations @ ABP

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
untuk ANUGERAH BINTANG POPULAR 2006 yang lalu,beberapa artis tersohor negara telah memperagakan busana rekaan RIZMAN RUZAINI creations. mereka adalah ZIANA ZAIN, DAYANG NURFAIZAH dan BETTY BANAFE. terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi berkerjasama dengan RIZMAN RUZAINI creations..

DAYANG NURFAIZAH

Pada malam ABPBH 2006 ini, Dayang bekerjasama dengan pereka muda, Rizman Ruzani. Berbicara mengenainya, Rizman berkata, rekaan yang dihasilkan untuk Dayang diinspirasikan daripada gaya artis wanita Barat ketika melangkah ke sesi permaidani merah.“Rekaan ala gaun cocktail untuk Dayang agak berbeza kerana saya menekankan kepada material yang digunakan. Ia menggabungkan satin cetak dan renda Perancis untuk menyerlahkan gaya mewah Dayang. Paduan hitam dipengaruhi biru firus akan membangkitkan lagi seri Dayang di permaidani merah,” kata Rizman Nordin, 22.Bekerjasama dengan rakan perekanya, Wan Ruzaini Wan Jamil, rekaan untuk Dayang dihasilkan sebulan lalu dan paling menggembirakannya, penyanyi itu turut menyumbang idea. Dayang juga tahu apa yang diingininya.“ABPBH 2006 menyediakan platform untuk pereka muda seperti kami menonjolkan kreativiti. Terima kasih kepada Berita Harian yang memberi ruang untuk kami memperkenalkan rekaan,” katanya yang sudah setahun terbabit secara serius dalam bidang rekaan. (BERITA HARIAN )

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket







1 comment:

elly.s said...

beautiful...gorgeous!