Saturday, March 29, 2008

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2008

Photobucket
Erra Fazira mengayakan salah satu rekaan Rizman Ruzaini
RIZMAN RUZAINI diberi penghormatan untuk bekerjasama dengan ERRA FAZIRA pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 di Arena Of Stars, Genting Highlands, 30 Mac ini.
"Erra mengenali mereka dari satu majlis anugerah dimana mereka menata rias Ning Baizura di majlis itu dan Erra tertarik dengan sentuhan mereka. Kami mula berkerjasama ketika menjayakan rakaman Zoom In dan Erra yakin dengan kemampuan mereka .Walaupun baru, mereka kreatif dan punya bakat besar untuk mencipta nama yang lebih gemilang dalam bidang rekaan fesyen.
Kerjasama itu juga kata Erra, secara tidak langsung membantu mempertingkatkan pengetahuannya mengenai industri fesyen lantas memberikan keselesaan apabila tampil berkeyakinan di mata peminat pada malam bersejarah itu. "Erra tidak cerewet, cuma mementingkan keselesaan serta rekaan yang menitikberatkan elemen seperti persekitaran, cuaca serta bentuk badan.
Photobucket
Rizman Ruzaini berbincang dengan Erra Fazira
Info: ILHAM RIZMAN RUZAINI BUAT ERRA FAZIRA
 INSPIRASI rekaan gaun berpotongan A itu menyuntik elemen simple tetapi glamor seperti yang digayakan selebriti Hollywood ketika menghadiri acara hiburan berprestij. Erra cuba menyuntik kelainan pada malam ABPBH 2007 dan memilih gaun berpotongan A kerana agak jarang menggayakan rekaan seperti itu sebelum ini.
 RIZMAN dan Ruzaini memilih rona kuning diraja dan coklat kerana kombinasi itu jarang diketengahkan dalam rekaan terdahulu mereka. Menggunakan fabrik satin woolen, rekaan itu diperincikan dengan manik yang memperindahkan lagi gaya Erra sebagai primadona filem Melayu era ini.
 PERINCIAN ditumpukan pada bahagian atas baju dengan sentuhan mewah gaya antarabangsa. Bagaimanapun, bahagian bawah rekaan menyuntik elemen kemelayuan apabila mereka menggunakan batik cetak yang diilhamkan eksklusif untuk Erra.
 RIZMAN dan Ruzaini mengilhamkan motif batik daripada pecahan renda Perancis lalu dicetak atas gaun yang sudah siap dijahit, lantas membangkitkan aura pada penampilan Erra.
 SELAIN Erra, dua nama yang semakin mekar dalam industri fesyen ini turut mengilhamkan rekaan kepada dua lagi selebriti iaitu Nurul dan Ning Baizura.

2 comments:

Nurlea Laurielle said...

Can't wait to see what the two of u came up for erra...

OLED said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the OLED, I hope you enjoy. The address is http://oled-brasil.blogspot.com. A hug.