Saturday, March 29, 2008

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2008

Photobucket
Erra Fazira mengayakan salah satu rekaan Rizman Ruzaini
RIZMAN RUZAINI diberi penghormatan untuk bekerjasama dengan ERRA FAZIRA pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 di Arena Of Stars, Genting Highlands, 30 Mac ini.
"Erra mengenali mereka dari satu majlis anugerah dimana mereka menata rias Ning Baizura di majlis itu dan Erra tertarik dengan sentuhan mereka. Kami mula berkerjasama ketika menjayakan rakaman Zoom In dan Erra yakin dengan kemampuan mereka .Walaupun baru, mereka kreatif dan punya bakat besar untuk mencipta nama yang lebih gemilang dalam bidang rekaan fesyen.
Kerjasama itu juga kata Erra, secara tidak langsung membantu mempertingkatkan pengetahuannya mengenai industri fesyen lantas memberikan keselesaan apabila tampil berkeyakinan di mata peminat pada malam bersejarah itu. "Erra tidak cerewet, cuma mementingkan keselesaan serta rekaan yang menitikberatkan elemen seperti persekitaran, cuaca serta bentuk badan.
Photobucket
Rizman Ruzaini berbincang dengan Erra Fazira
Info: ILHAM RIZMAN RUZAINI BUAT ERRA FAZIRA
 INSPIRASI rekaan gaun berpotongan A itu menyuntik elemen simple tetapi glamor seperti yang digayakan selebriti Hollywood ketika menghadiri acara hiburan berprestij. Erra cuba menyuntik kelainan pada malam ABPBH 2007 dan memilih gaun berpotongan A kerana agak jarang menggayakan rekaan seperti itu sebelum ini.
 RIZMAN dan Ruzaini memilih rona kuning diraja dan coklat kerana kombinasi itu jarang diketengahkan dalam rekaan terdahulu mereka. Menggunakan fabrik satin woolen, rekaan itu diperincikan dengan manik yang memperindahkan lagi gaya Erra sebagai primadona filem Melayu era ini.
 PERINCIAN ditumpukan pada bahagian atas baju dengan sentuhan mewah gaya antarabangsa. Bagaimanapun, bahagian bawah rekaan menyuntik elemen kemelayuan apabila mereka menggunakan batik cetak yang diilhamkan eksklusif untuk Erra.
 RIZMAN dan Ruzaini mengilhamkan motif batik daripada pecahan renda Perancis lalu dicetak atas gaun yang sudah siap dijahit, lantas membangkitkan aura pada penampilan Erra.
 SELAIN Erra, dua nama yang semakin mekar dalam industri fesyen ini turut mengilhamkan rekaan kepada dua lagi selebriti iaitu Nurul dan Ning Baizura.

Monday, March 17, 2008

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2008

Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
Photobucket
NING BAIZURA bakal melaram koleksi busana RIZMAN RUZAINI pada malam kemuncak ABPBH 2007 pada 30 Mac ini. Ning akan menjadi penyampai anugerah pada malam gemilang itu nanti. Selaras dengan usianya yang semakin matang, imej menjadi penanda aras bagi Ning mengekal kewujudannya dalam arena seni.
“Sebagai artis, tak dinafikan imej menjadi perlambangan positif bagi seseorang artis. Apatah lagi wajah saya bakal ditatapi setiap minggu sepanjang berlangsungnya konsert AF6. Sebagai juri, saya kena menjaga standard saya. Lihat saja pada Kak Ogy yang kekal menarik walaupun dengan imej bertudung. Saya sentiasa menanti sesuatu imej yang berbeza pada setiap masa. Dengan usia saya kini, saya harus lebih profesional dalam memilih busana yang bakal digayakan", ujar ning yang turut menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini selama berlangsungnya konsert AF6 nanti.
“Mengenai rekaan pereka Rizman Ruzaini, saya akui cukup selesa dengan rekaan mereka. Mereka mengenengahkan sesuatu fesyen terkini dan sesuai dengan cita rasa saya. Saya gemar imej hip dan happening. Rekaan mereka ada kelas tersendiri. Gabungan idea kami bersama menghasilkan gaya mempesona,” akui Ning yang sudah beberapa kali mengayakan rekaan rizman ruzaini termasuk di hari persandingannya tempoh hari.
Sementara itu Rizman dan Ruzaini yang ditemui berkata, selain Ning, pereka fesyen itu turut mereka busana untuk ERRA FAZIRA dan NURUL bersempena malam ABPBH 2007. “Untuk Ning, kami mengadunkan kain batik yang menggunakan teknik batik cetak dan celup. Warna yang menjadi pilihan untuk ning seperti 'nude colour' dikombinasikan dengan warna dominan yang terang. Perincian fabrik lace, woolen satin dan net serta penggunaan batu permata melengkapkan gaya Ning pada malam itu nanti. “Kami juga mempraktikkan teknik lipatan yang dinamakan sebagai 'pleating'. Ning, Erra dan Nurul adalah antara artis yang boleh menggayakan apa jua jenis fesyen yang membaluti tubuh mereka,” ujar Rizman yang turut mereka busana untuk Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain pada ABPBH tahun lalu.
Photobucket
SERASI: Ning menyenangi rekaan Rizman dan Ruzaini yang kreatif.

Friday, March 7, 2008

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2008

HURM
kalau dah headline nye begitu, x ker nak memecah otak nak memikirkan konsep yang akan diketengahkan???? apatah lagi tema nya kali ini agak berlainan dengan tahun2 yang lepas..(tema kali ini BATIK GLAM..)komen i= hurm.. (play save lah untuk menjaga hati pelbagai pihak..)"bagus.....ianya dapat memartabatkan khazanah malaysia kita yang x ternilai..."tak gitu..??
so memecah otak la memikirkan konsep yang laen gitu... macam2 cara dibuatnya antaranya membelek2 majalah, search internet dan bermacam2 lagi. Hasilnya??? walaupun fashion2 terbaru yang diketengahkan oleh designer serata dunia agak gempak, i tetap tertarik dengan koleksi dior couture fall 2005 tak silap i setelah membelek majalah couture beberapa tahun dulu, iaitu evolusi fesyen dari mula2 christian dior meletop hingga kini( pada taun 2005 ) antaranya termasuk lah 'new look' dan sebagainya..bagi i ianya penuh drama dengan warna2nya yang mewah..
memandangkan untuk ABP kali ini RIZMAN RUZAINI memikul tanggungjawab berat untuk menata rias diva2 malaysia iaitu **** *******,**** ****** DAN *****. ( akan diupdate bersama designnya) NANTIKAN!!! , Photobucket
tambahan pula dibertahu ada trofi untuk designer paling popular yang akan divote berdasarkan rekaan baju yang dipakai oleh celebrity!!! siap ada trofi dan party untuk penyampaian trofi tu plak!!! mcm best jer!!! yang akan mengvote nye plak pembaca berita harian... takuttttt..... huhu
marilah kita saksikan antara rekaan yang menjadi inspirasi untuk ABP kali ini..
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
rekaan 2 ini hanya diambil sebagai inspirasi jer... hasilnya??? kita saksikan nanti 30 mac nanti k!!!

Thursday, March 6, 2008

SHOOT BINTANG POPULAR ERRA FAZIRA

SHOOT BINTANG POPULAR ERRA FAZIRA
Setelah selesai zoom in, sekali lagi rizman ruzaini dipertanggungjawabkan untuk menata rias ERRA FAZIRA untuk cover bintang popular berita harian. Baju salah satu dari collection Quelle Allure dan dari collection Rafflesia tempoh hari tetapi telah di ubah suai… marilah kita saksikan….
Photobucket
Photobucket

SHOOT BINTANG POPULAR FASHA SANDHA


SHOOT BINTANG POPULAR FASHA SANDHA
Hening subuh pagi menerima panggilan dari FASHA SANDHA menyatakan hasrat untuk mengenakan busana rekaan rizman ruzaini untuk shoot cover bintang popular berita harian. Alang2 baju ada kat umah, bagi jela ka… anyway thanks fasha Coz carry it well!! Fasha digandingkan dengan datuk ct n fauziah gaus. Marilah kita saksikan
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Pic thanks to budiey

Wednesday, March 5, 2008

ZOOM IN ERRA FAZIRA

ZOOM IN ERRA

Setelah lama menyimpan hasrat untuk menata rias salah seorang diva Malaysia iaitu ERRA FAZIRA akhirnya tercapai apabila abg syed atau manager kepada erra melefon bertanyakan sama ada berminat untuk menata rias erra di zoom in bersama erra yang akan ditayang kan di kaca tv ahad ini.. jawapannya YES!!! tanpa berfikir nieh! Setelah melalui hasil perbincangan, Alhamdulillah.. akhirnya erra fazira mengenakan busana rekaan rizman ruzaini.. yang bestnya, ada beberapa baju yang erra minat terus dibelinya…hehe thanks erra!!jangan lupa saksikan zoom in ahad ini k..Photobucket
Salah satu rekaan rizman ruzaini untuk erra nak sangat pakai tux... tengah 'in' katanya...
Photobucket
ruzaini bersama erra
Pic lain nanti akan di up date k

RIZMAN RUZAINI'S BACK!!!

hi semua,
sorry kepada viewer yang kerap kali mengview blog ni tetapi still x berupdate!!huhu bukan bermakna rizman ruzaini kemana2, tetapi bercuti sebentar kerana kesihatan yang x mengizinkan sehingga masuk wad nieh!! terok sangat bekerja kot.. selamat la rizman ruzaini ni 2 orang...so kalau sorang jatuh sakit, still ada sorang yang dapat memenuhi permintaan customer2.. sepanjamg blog ni x berupdated, banyak pekara2 yang berlaku sebenarnya termasuklah photoshoot, zoom in bersama erra dan yang semestinya WEDDING yang x henti2.. alhamdulillah orang mula mempercayai hasil kerja RIZMAN RUZAINI. bulan 2 ari tu jer ada 4 wedding.. tu yang jatuh sakit kot. muahahaha
okla kiter kasi preview, ini diantara nya...
Photobucket
salah satu nye... muahahahah
Photobucket
kasut pengantin rekaan rizman ruzaini
Photobucket
atas pelamin
Photobucket
back view
Photobucket
satu family uols mengayakan rekaan rizman ruzaini
Photobucket
busana+ make up by rizman ruzaini
Photobucket
kakak i (rizman) bertunang