Friday, March 20, 2009

MUZIKAL SIRAH JUNJUNGAN

DAY 3

ISTANA BUDAYA

18-20 MAC
Untuk hari ketiga teater sirah junjungan yang berlangsung di istana budaya, konsep yang sama juga diketengahkan iaitu jubah moden juga yang bersesuaian dengan muzikal tersebut. Pada kali ini, dato siti mengenakan jubah moden yang agak klasik rekaannya berwarna sand bone digandingkan dengan pastel cream. fabrik nya dari chiffon dan juga frenchlace beaded yang disulam dengan beadwork. untuk hari ketiga, rekaannya agak moden dan diperindahkan dengan perincian seperti knife pin tuck dan juga machine embroidary. untuk busana seterusnya nantikan di abpbh 2009 !!!

elemen klasi victorian diterapkan dalan rekaan ini

Thursday, March 19, 2009

MUZIKAL SIRAH JUNJUNGAN

DAY 2

ISTANA BUDAYA

18-20 MAC

Untuk hari kedua teater sirah junjungan yang berlangsung di istana budaya, konsep yang diketengahkan ialah jubah moden juga yang bersesuaian dengan muzikal tersebut. Pada kali ini,, dato siti mengenakan jubah moden berwarna pastel rose digandingkan dengan rona indian shapene. fabrik nya dari chiffon, net dan juga frenchlace beaded yang disulam dengan beadwork. untuk hari ketiga? nantikan post seterusnya.

detailing: pacthwork beaded french lace on embroidered net.

dipadankan dengan selendang ala2 arab


Wednesday, March 18, 2009

MUZIKAL SIRAH JUNJUNGAN

DAY 1

ISTANA BUDAYA

18-20 MAC

Untuk teater sirah junjungan yang berlangsung di istana budaya, rizman ruzaini sekali lagi dipilih untuk berkerjasama dengan dato siti nurhaliza. dato siti akan terlibat dalam 3 pementasan, iaitu dari 18 hinggalah 20 mac. konsep yang diketengahkan ialah jubah moden yang bersesuaian dengan muzikal tersebut. untuk hari pertama, dato siti mengenakan jubah moden rona aquamarine digandingkan dengan rona goldish topaz. fabrik nya dari chiffon dan juga frenchlace beaded yang disulam dengan beadwork.


jubah moden gaya rizman ruzaini

Sunday, March 15, 2009

FAZURA FOR PANCAINDERA

Oleh NIEZAM ABDULLAH
Foto RASHID MAHFOF
Solekan EMMA MUSTAFA (Shuuemura 016-6748854)
Pakaian RIZMAN RUZAINI
(rizman_ruzaini@yahoo.com)
Untuk pancaidera keluaran 15 mac, fazura mengayakan salah satu koleksi sweet sensation dari rizman ruzaini. fazura yang mempunyai look dan juga aura yang menawan persis model memang sangat sesuai mengayakan koleksi ini. baju yang dipilih ialah long dress purple dan juga short skirt pink yang digayakan dengan blouse ruffle juga dari rona yang sama. diserikan dengan pemakaian cummer band dan satin belt sebagai pelengkap gaya.

Tuesday, March 10, 2009

ANUGERAH BINTANG POPULAR 09 SPREAD (thanks to berita harian)

ANUGERAH BINTANG POPULAR 09




Anugerah Pereka Popular ABPBH 2008
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

SAHUT CABARAN...Antara pereka fesyen yang memeriahkan Anugerah Pereka Popular ABPBH 2008 di sisi Linda Onn, finalis bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular.


TAHUN kedua berlangsung, Anugerah Pereka Popular beriringan kerlipan majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 terus menjadi aspirasi dan inspirasi menaikkan nama pereka fesyen tempatan yang masih hijau.

Idea menghasilkannya tahun lalu serentak dengan ABPBH 2007 dilihat mampu menjana serta menyerlahkan potensi insan kreatif ini. Buktinya, tahun ini lebih 25 orang pereka fesyen akan mengambil bahagian dan ini sekali gus menunjukkan graf peningkatan mendadak berbanding tahun lalu 18 orang.

Anugerah yang diwujud serta dicerna publisis popular, Bill Bora bersama sekretariat ABPBH ini bertujuan memberi penghargaan kepada pereka yang baru bertapak atau dianggap baru. Kerjasama pereka fesyen dan selebriti pantas terjalin, malahan peluang yang dibuka ini membuktikan dua entiti ini sebenarnya saling memerlukan.

Mereka yang dimaksudkan dan hadir ketika sesi fotografi ini berlangsung ialah Hatta Dolmat, Razman Din, Azura Mazarudin, Rizman Ruzaini, Calvin Thoo, Faizal Azraf, Kent Khalil, Nurita Harith, Nik Erwan Roseli, Erwan Arsbo, Michael Shu, Hazwani, Nazreen Idris, Zery Zamry, Zack Ismail, Sya Shaharani, Khairy Sufi termasuk penyertaan pasangan kembar Puteri Azalea dan Puteri Yasmin yang memiliki butik PU3 di The Curve, Damansara.

Lagak dan pose mereka semua diibaratkan seperti model baru di dalam pencarian program American Next Top Model. Posisi Linda pula seperti Tyra Banks yang menjadi perintis program ikutan ramai itu. Bertema merah dan hitam, terserlah semangat membara mewakili warna merah dan hitam itu pula perlambangan menawan.

Info menarik Anugerah Pereka Popular ABPBH 2008

  • Puteri Azalea dan Puteri Yasmin adalah bekas adik ipar pelakon Nora Danish. Malah kembar ini akan mereka busana untuk Nora Danish bagi malam kemuncak ABPBH 2008 di Arena Of Star, Genting Highlands.

  • Anizam Yusof dan Shamsu Yusof turut akan menyertai pertandingan ini. Anizam akan mereka pakaian untuk Scha manakala Syamsu Yusof, Vanidah Imran.

  • Pereka fesyen Bill Keith, Jovian Mandagie dan Albert King turut mereka pakaian untuk beberapa orang selebriti terkemuka.

  • Setakat ini Calvin Thoo masih belum mempunyai senarai selebriti yang bakal melaram koleksi rekaannya.

  • Zack Ismail akan mereka pakaian untuk Nurul Alis atau Kiki, Razman Din (Abby Abadi dan Zul), Azura Mazarudin (Lisa Surihani, Alyah, Ainul Aishah),RIZMAN RUZAINI (DATO' SITI NURHALIZA, FASHA SANDHA, SARIYANTI, SITI SAERAH DAN ZAHIDA RAFIK, Faizal Azraf (Nana Era, Ayu OIAM), Kent Khalil (Abby Fana dan Ezlynn), Norita Harith (Juliana Evans), Nik Erwan Roseli (Dynas dan Mila), Erwan Arsbo (Diana Danielle dan Kenchana Dewi), Michael Shu (Adlin Aman Ramli, Nabil, Irma Hasmie, Diddy, Sharifah Shahira dan Faizal Ismail), Hazwani (faizal tahir, jamal abdillah ,Aleya dan suami), Nazreen Idris (Linda Onn, Saida dan Intan Ladyana), Zery Zamry (Elyana), Sya Shaharani (Zizie Ezette), Khairy Sufi (jaclyn victor) dan Hatta Dolmat (Siti Sarah dan Nurul ).

  • Anugerah Pereka Popular ABPBH tahun lalu, kemenangan berpihak kepada Hatta Dolmat dan Michael Shu dibantu Lord’s Tailor masing-masing menjuarai kategori selebriti wanita dan lelaki.


  • “Acara permaidani merah dan apa sekali yang digayakan selebriti pasti dinanti-nantikan penggemar fesyen dan peminat yang sering menjadikan golongan ini sebagai perintis gaya. Melalui landasan ini juga membuktikan, dunia glamor yang menerjah ruang seni ini menggambarkan betapa kerjasama erat antara pereka fesyen dan selebriti begitu diperlukan,” kata Bill Bora lewat pertemuan dengannya selepas menjadi orang penting kepada projek ini.

    Lalu, istimewa kehadiran penyampai radio Sinar FM tinggi lampai persis peragawati tersohor, Linda Onn dengan gaun labuh rona merah menjerit rekaan Bill Keith dipadankan dengan kain songket dijadikan aksesori tali pinggang seakan meraikan pereka fesyen yang terbabit untuk Pereka Fesyen Popular. Menyerlah personanya ditambah dengan pemakaian cincin, anting-anting dan gelang tangan tajaan Rafflesia The Pearl Centre, koleksi mutiara South Sea Pearls.

    Duet 2 R

    Duet 2 R

    Walaupun label Rizman Ruzaini masih baru dalam industri fesyen tempatan tetapi ia sudah mampu memikat hati.



    TAMPIL dengan rekaan yang ringkas tetapi penuh ceria dan menggoda.


    'RAMAI yang berpendapat label Rizman Ruzaini Creation, diasaskan oleh seorang pereka, sedangkan pada hakikatnya ia diusahakan oleh kami berdua," jelas Rizman Nordin, 25, mengenai label Rizman Ruzaini Creations yang dijalankan bersama rakan karibnya, Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil, 25.

    Jika pereka lain lebih selesa menguruskan rumah fesyen mereka sendiri, tetapi tidak bagi kedua-dua graduan Ijazah Rekaan Fesyen, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam ini. Mereka saling memerlukan dari segi lakaran, idea dan pengurusan butik.

    Jelas Rizman yang dilahirkan di Ayer Hitam, Pulau Pinang, pada mulanya, mereka bergerak secara individu.



    BERMULA dari bawah, kini mereka semakin menempa nama mencipta rekaan untuk selebriti popular.

    Sehinggalah niat untuk bekerjasama timbul ketika terlibat dalam sesi penggambaran anjuran sebuah majalah.

    "Pada waktu itu, saya menyolek wajah penyanyi Pija (Mentor) manakala Ruzaini bertindak sebagai pereka busana. Selesai saja, sesi penggambaran tersebut, Pija bertanyakan kepada Ruzaini, sama ada beliau mempunyai baju yang sesuai dengan tema majlis yang ingin dihadirinya.

    "Malangnya, Ruzaini tidak mempunyai busana berkenaan sebaliknya saya yang ada. Bermula dari saat itu, kami berbincang untuk menubuhkan label Rizman Ruzaini Creations," tambah Rizman yang turut memberitahu bahawa tidak pernah mengalami sebarang kesukaran bekerjasama dengan Ruzaini.

    Beliau mengakui, saling memahami, serasi dan memiliki minat serta hasil lakaran fesyen yang sama. Label Rizman Ruzaini Creations yang diasaskan sekitar tahun 2005, menampilkan rekaan yang ringkas dan klasik tetapi mempunyai jalinan gaya yang stailo.

    Terang Rizman, pada pengamatannya terdapat dua cara untuk memperkenalkan diri kepada orang ramai.


    RIZMAN (kiri) dan Ruzaini dua sahabat karib yang mengasaskan label fesyen Rizman Ruzaini Creations.

    Kaedah pertama seseorang pereka itu perlu aktif menyertai pertandingan rekaan fesyen, sekali gus meraih kemenangan.

    "Kaedah yang kedua pula, kami (pereka) perlu menaja busana kepada golongan selebriti yang ingin menghadiri majlis formal atau majlis anugerah.

    "Tidak sia-sia kami mengamalkan kaedah kedua. Selepas bekerjasama dengan beberapa orang selebriti seperti Yasmin Hani, Dayang Nurfaizah dan Betty Benafe, lama-kelamaan kami mendapat kepercayaan dan tempahan daripada artis yang sudah mempunyai nama besar dalam bidang seni (Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira dan Ning Baizura)," ujar Rizman ketika ditemui Stailo.

    credit: thanks so much to izyan.