Thursday, January 10, 2008

THANK YOU NING BAIZURA

HI SEMUA

anyway dah lamer kiranya blog ni x updated yea... alhamdulillah ter updated jugak akhir nya. sebelum meneruskan, kami RIZMAN & RUZAINI ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi melayari blog ini . begitu juga kepada sesiapa yang menyedari kehadiran RIZMAN RUZAINI didalam industri fesyen dan hiburan, terima kasih kerana memberikan komen-komen membina terhadap kami. keprihatinan anda amat kami hargai. insyaallah yang mana yang kurang kami berjanji akan memperbetulkan di masa hadapan. yang pasti terima kasih kerana meyedari kehadiran RIZMAN RUZAINI..sokongan anda amat dihargai..
Photobucket
dikesempatan ini juga RIZMAN RUZAINI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada NING BAIZURA kerana memberi peluang kepada kami untuk mereka busana persandingan mereka .sekalung penghargaan ikhlas dari hati.
Ini adalah satu peristiwa yang agak menyentuh hati yang berlaku kepada rizman ruzaini sejak bergelar pereka. di majlis rafflesia tempoh hari, NING BAIZURA atau lebih mesra dengan panggillan kak ning memakai busana rekaan rizman ruzaini. keistimewaan yang dimiliki ning baizura setiap apa saja baju yang disarung nya pasti akan meletop kerana pembawakan dirinya. kami sendiri secara peribadi sangat berpuas hati dengan rekaan yang dibuat kerana memang sesuai untuknya. oleh itu kami pon menghadiahkan busana berkenaan kepadanya. reaksi gembira yang datang dari kak ning membuatkan kami sangat puas dan terharu . sebagai tanda terima kasih, beliau juga telah menghadiahkan bingkisan coklat kepada kami. apa yang membuatkan kami lebih terharu adalah pada keesokkan harinya sampai sms di hp rizman dan juga ruzaini tanda terima kasih darinya sendiri. sudahla begitu, ayat yang dihantar juga menyentuh perasaan.bagi kami hal begini seharusnya menjadi contoh... terima kasih NING BAIZURA ikhlas dari RIZMAN RUZAINI

No comments: