Tuesday, February 24, 2009

MYSTERIOUS DESIRE IN BERITA HARIAN

MYSTERIOUS DESIRE
Oleh Siti Nur Almizan Aripinsnur@nstp.com.my

Fabrik mewah diserikan tampalan renda hitam membangkitkan aura moden klasik pada busana.Bagi memastikan rekaan kelihatan seiring zaman, Rizman Ruzaini selitkan unsur moden pada pola pakaian menggunakan teknik drapping dan inseam

MERAH tona garang penuh berahi. Merah juga tergolong dalam kumpulan warna asas yang mempunyai kuasa hebat sehebat auranya. Kuasa dimiliki merah juga membuatkan pereka muda berbakat besar, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil yang terkenal melalui label Rizman Ruzaini memilih rona menjerit itu untuk koleksi Mysterious Desire.

Sehebat orangnya, misteri cuba dirungkai dua lelaki bersahabat baik itu penuh nilai artistik dan sejarah. Semua diolah berlandaskan idea asal iaitu pakaian Joker, penghibur istana pada zaman Victoria digabung bersama ilham dari era Baroque. Rizman berkata, padanan merah dan hitam dipilih selepas melakukan penyelidikan terhadap kehidupan gelap Joker yang juga individu lelaki tapi dikasi kemaluan untuk membolehkan mereka bergelar penghibur istana pada lewat 1800an. "Mereka sentiasa mengenakan pakaian yang cantik dan bersolek sempurna seperti wanita tapi warna hitam jelas menggambarkan jiwa mereka penuh kehibaan manakala merah pula memperlihatkan kemarahan serta kelantangan mereka melawan arus duniawi.

Potongan sederhana tetap menyerlah hasil olahan berani Rizman Ruzaini.

"Itulah keunikan yang cuba kami tonjolkan melalui koleksi Mysterious Desire selain cuba membuktikan bahawa inspirasi fesyen datang daripada bermacam benda. Justeru, sebagai pereka fesyen, kami perlu berfikir luar kebiasaan supaya setiap rekaan yang terhasil lebih menyerlah," katanya. Rekaan Mysterious Desire mementingkan bayangan (silhouette) dan kebanyakan mempunyai potongan seperti gaun golongan bangsawan ketika itu yang penuh unsur mewah. "Gaun dihasilkan penuh renda manakala lengannya direka potongan puff kerana ia paling hangat zaman itu. Selebihnya, kami garapkan ia menggunakan material berkualiti seperti Bridal Dutchess Satin dari Itali bersama renda Perancis. "Bagaimanapun, kami tidak mahu digelar copycat dengan meniru potongan asal setiap gaun bulat-bular. Jadi bagi memastikan ia kelihatan seiring zaman, kami selitkan unsur moden pada pola pakaian menggunakan teknik drapping dan inseam," katanya.

Koleksi yang pertama kalinya dipersembahkan di khalayak pada Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (Mifa) 2008 lalu menggunakan penyanyi versatil, Ning Baizura sebagai muse. "Ketika itu, Ning mengenakan gaun Bustier yang cukup popular zaman itu khusus untuknya. Lebih istimewa, korset dikenakan Ning diperincikan dengan sulaman manik, tampalan renda dan bertatahkan batu permata Swarovski," kata Rizman sebelum mengakhiri perbualan petang itu. PROFIL: Rizman Ruzaini

Pereka fesyen muda Rizman Nordin dari Bukit Bendera, Pulau Pinang dan Wan Ruzaini Wan Jamil dari Kamunting, Taiping, Perak mengasaskan rekaan fesyen menggunakan label Rizman Ruzaini
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Senireka Fesyen, UiTM Shah Alam
Melakar nama melalui pertandingan fesyen Jarum Berlian 2003, Trofi Pesona Pengantin 2004 dan Mifa8, 2007
Rizman & Ruzaini menjadi pilihan ramai selebriti dan kenamaan antaranya Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Zahida Rafik, Fazura, Noryn Aziz, kerabat Selangor, Johor, Terengganu dan Pahang.
Mereka boleh dihubungi di talian 017 4766 004 atau emel rizman_ruzaini@yahoo.com. Boleh juga layari laman web www.rizmanruzaini.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

RIZMAN RUZAINI: THANKS SO MUCH SITI BH. REALLY APPRECIATE IT.


No comments: