Wednesday, August 5, 2009

BRIDAL 09

"(klasik kurung tetap menjadi pilihan untuk tampil anggun- rizman ruzaini)"

Untuk tahun 2009 Rizman Ruzaini melancarkan koleksi BRIDAL '09 yang dilhamkan dari elemen 'Fusion-East Meet West'.

Berinspirasikan asas Busana Tradisional Melayu dengan gabungan Busana Klasik Barat, koleksi kali tampil penuh variasi daripada gaya melayu hinggalah gaya barat sesuai dengan permintaan masyarakat malaysia amnya yang gemarkan gaya yang pelbagai.

busana dari rona pearl white ini diinspirasikan dari gaun klasik barat era baroque dengan potongan empire waist dan menggunakan fabrik italian duchess serta tulle ini dilengkapi dengan headpiece yang diselitkan bulu burung kasawari menjadikan ia tampil penuh klasik sealirannya.


kepada yang gemarkan gaya moden tetapi tidak melupakan gaya tradisional, idea ini bertepatan dengan anda. kebaya moden dengan lisu di bahagian hadapan dilengkapi dengan skirt moden 8 panel yang diserikan dengan gathers dan band dibahagian bawah. pemakaian tali pinggang sebagai pelengkap gaya.

busana ini pula adalah ilham dari gaya saloma era 60-an. dress boat neck dari rona pearl white ini berpotongan duyung dan berlisu dipinggang untuk ilusi ramping.

untuk mereka yang gemarkan gaya muslimah, jubah moden dari rona rose pink dan aquamarine ini sangat sesuai. dilihamkan dari gaya klasik barat, element puff sleeve dan empire cut menjadi pilihan. ini bertepatan dengantema fusion kerana ia adalah gabungan dari gaya inggeris tetapi disesuaikan dengan gaya ketimuran.

dress ballskirt dan corset dari rona black n white ini penuh perincian dibahagian dada ini sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya inggeris dan juga sesuai untuk majlis potong kek.

mini dress yang sesuai untuk digayakan pada majlis resepsi ini dari fabrik 'italian duchess' dan digayakan dengan keronsang mewah rerama.

7 comments:

lovemenot said...

hi, i like the idea of wearing the belt with the kebaya (referring to the kebaya with red belt.sgt cantik. nice work:P

RIZMAN RUZAINI creations said...

thx for the comment

KakNie said...

hi rizman... 1st pic tu, the baju kurung bride....i love it, with the twist u did on the kain, u buat dia mcm kembang mcm tu kan, nice..
i nak tanya...if i to wear that kind of kain to go with baju kurung moden on top, just like u did,..will it make me look 'bigger' & shorter? as i am a plus sized (with the height of 158cm, 60kg...hehee)
am a bride to be anyway..
thanks in advance!

Cherrie Pie Sweety said...

aduihhh..memang cantik sangat2 la... isk... congrats,. n i agree with lovemenot, the idea of wearing the red belt with the kebaya is so brilliant

ctfza said...

memang la sangat cantik especially ur white kebaya with the red skirt tu.. cantik sangat2..

Atiqah Adnan said...

RR if u dun mine, boleh tak saya nak copy pic atas sekali.. ?

biutyburritos said...

hai rizman, if i have my own design but nak mntk u tailor for me, how mucg u charge?i choose my own fabric. i just nk dpt touch for all my clothes.if terlalu expensive, i'm worried xmampu:)thanks for the answer.