Thursday, December 17, 2009

LATEST: CELEBRITIES WEARING RIZMAN RUZAINI

ramai yang bertanya, hanya dato siti nurhaliza kah yang mengayakan rekaan rizman ruzaini? selebriti lain?? sebenarnya ada beberapa selbriti yang kerap bekerjasama dengan rizman ruzaini juga antaranya ziana zain, ning baizura, fazura, nurul, noryn aziz, dynas, fasha sandha dan yang terbaru liyana lasmay. terima kasih kepada para selebiti yang percaya dengan hasil kerja kami ya. ia juga merupakan satu pengalaman yang amat bermakna dan penghargaan bagi rizman ruzaini. dari segi rekaan, kami selalunya akan menyesuaikan gaya selebriti berkenaan dengan rekaan kami agar ia tidak nampak kekok bila digayakan. sebab itulah amat penting untuk kita mengenali dan membuat sedikit kajian mengenai gaya selebriti yang akan kita gayakan. begitu juga dengan customer yang datang. selalunya kami akan berbual sambil bertanya apa konsep yang digemari, warna yang disukai dan sebagainya. daripada situ baru kita akan melakar rekaan yang bersesuaian dengan si pemakai. di sini antara busana terbaru rizman ruzaini yang digayakan selebriti tempatan..
fazura antara selebriti yang sering mengayakan rizman ruzaini. boleh dikatakan setiap photoshoot dan majlis2 kebelakangan ini fazura mengayakan rekaan rizman ruzaini. beliau seorang yang sangat trendy dalam berfesyen membuatkan kami mudah untuk bekerjasama. untuk mifw tempoh hari, fazura merupakan muse untuk rizman ruzaini. busana yang digayakan merupakan reflect gaya fazura yang sukankan fesyen yang trandy tetapi klasik. sesuai dengan jolokan 'blair waldorf' malaysia.
fasha sanda juga kerap mengayakan rekaan rizman ruzaini malah untuk 'spa qistina', semua busana beliau adalah dari rizmna ruzaini. lupakan mengenai konterversi beliau, fasha juga artis yang gemar berfesyen. sukakan gaya yang lebih seksi, dress pendek dari rona turqoise green dan royale blue ini menjadi pilihan fasya untuk ke party eh! 10 yang anggun.

noryn aziz merupakan artis yang mempunyai gaya tersendiri. sukakan gaya klasik, noryn juga gemar tampil dengan headpiece yang menjadi treadmark penyanyi jazz ini. noryn juga merupakan artis yang sering mengayakan rekaan rizman ruzaini diawal pembabitan kami dalam industri ini. tampil mengayakan koleksi terbaru dari rizman ruzaini, noryn tampil elegan dan klasik dengan padanan jacket hitam putih dan skirt .

pertama kali berkerjasama dengan ayu raudah, tidak susah untuk mengayakan pelakon yang sedang meningkat naik ini. beliau mengemari gaya yang feminin tetapi penuh glamor dan drama sesuai dengan perwatakannya sebagai seorang pelakon. rona merah dan hitam menjadi pilihan untuk menghiasi cover satu majalah hiburan. nantikan ya!




liyana jasmay merupakan selebriti yang mempunyai stail tersendiri dan beliau juga tahu apa stail yang sesuai dengannya. untuk pelancaran album pertamanya, liyana meninginkan busana yang funky tetapi feminin bersesuaian dengan konsep album dan lagu yang dibawakan. tutu skirt dari fabrik lace,chiffon dan juga bulu2 kasawari dipadankan dengan top simple tetapi diberikan sentuhan funky dengan leather stud jacket.


ini pula sewaktu majlis pelancaran anugerah skrin tempoh hari. liyana mengayakan short dress dari fabric sari. tema untuk anugerah skrin kali ini adalah hikayat 1001 malam. jadi bersesuaian dengan imej liyana yang funky, short dress yang diilhamkan dari look victoria beckham diselitkan unsur arab dengan pengunaan material yang bersesuaian.


antara dress yang kami gemari. pilihan warna yang sangat segar ini adalah cetusan idea dari ladang lavendar( discovery channel).besesuaian dengan majlis, liyana tampil manis berdress labuh yang berlisu dihadapan baju dan diberi sentuhan manik dari rona silver.

sudah beberapa kali bekerjasama dengan datin natasha hudson membuatkan kami lebih mengenali gaya beliau. natasha menggemari gaya yang elegan dan trendy tetapi juga klasik. untuk party glam yang dihadiri, beliau tampil dengan dress pendek berlisu. kalau dilihat, ia seakan-akan busana yang pernah dipakai oleh ziana zain di ajl tahun lepas tetapi diberi nafas baru bersesuaian dengan majlis yang dihadiri.

dafi merupakan muse penyanyi lelaki untuk rizman ruzaini. kenapa? kerana beliau antara selebriti lelaki yang berani berfesyen. lihat saya busana rekaan kami yang digayakan di party hari jadi beliau. busana ini diilhamkan dari dafi sendiri yang diinspirasikan dari lagenda pop kita micheal jackson. yang istimewa adalah bootnya persis gaya micheal.

2 comments:

Saya Berkata said...

cantik LJ nyer dress, btter shila tnya cmne nk bergya cra yg btuk utk rmja cam dia, she's the fashionista for teenager.. ska nengok fazura..

idayu hashim said...

i lov..............u!i pk dlm pix mmg da lawa!!bile i pg abpbh aritu dpn mata!!chanteeeeeeeeeeek sgt bju2 u lg2 liyana jasmay