Sunday, February 28, 2010

MURAI.COM 'Siti & Ziana Tawanan Rizman Ruzaini'

24-Feb-2010 | Oleh: Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2010: Populariti Rizman Ruzaini sebagai jenama fesyen tempatan yang semakin teguh di hati setiap penggemar fesyen tanah air, tidak boleh dipertikaikan. Namakan saja selebriti popular tanah air yang pernah menyarungkan persalinan anggun gemalai ciptaan Rizman Ruzaini,pasti ramai pereka fesyen lain yang ingin mendapat keistimewaan itu.

Apatah lagi, usia label fesyen yang diusahakan gabungan 2 pereka, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil ini boleh dikira masih terlalu muda, jika mahu dibandingkan dengan beberapa pereka fesyen tersohor lain seperti Rizalman Ibrahim dan Micheal Ong.

Baru saja selesai dengan penyediaan busana Dato Siti Nurhaliza ketika Konsert Satu Suara yang menampilkan 2 bintang muda, Faizal Tahir dan Aizat di Istana Budaya pada pertengahan bulan ini, Rizman Ruzaini telah diberi peluang keemasan sekali lagi. Bukan dari Dato Siti, sebaliknya Diva Pop, Ziana Zain yang menginginkan gabungan kreativiti 2 pereka itu bagi menyerlahkan lagi penampilannya untuk teater Antara arahan Erma Fatima dan musim terbaru program realiti TV, Mentor tidak lama lagi. Inilah peluang yang sangat dinanti-nantikan oleh Rizman Ruzaini,malah jauh sekali untuk dilepaskan begitu saja.

Ditemui portal murai.com.my baru-baru ini, Rizman berkata sebagai pereka fesyen dia amat berbesar hati apabila sekali lagi berpeluang bekerjasama dengan penyanyi Puncak Kasih itu kerana dalam masa beliau merupakan selebriti kegemarannya."Kali terakhir Ziana menyarungkan pakaian rekaan kami ialah ketika Anugerah Juara Lagu 2008. Selepas itu dia berehat seketika kerana bersalin. Tak sangka pula sekembalinya dia dalam industri, Ziana masih memilih kami sebagai pereka fesyen kegemarannya.

"Sememangnya kami sukakan Ziana.Kerana dia adalah diantara selebriti yang mempunyai citarasa fesyen yang tinggi. Skirt atau seluar potongan high cut ciptaan kami, itu adalah kesukaan Ziana."Malah dari segi penggayaan,kami tidak punyai masalah untuk bekerjasa dengannya. Kerana dia sukakan fesyen dan miiliki banyak aksesori fesyen sendiri, jadi selalunya ianya amat memudahkan tugas kami bila bekerjasama denggannya," kata Rizman.

Selain Dato Siti dan Ziana, Rizman Ruzaini juga pernah mereka pakaian untuk Ning Baizura, Erra Fazira,Liyana Jasmay, Fazura, Fasha sandha, Maya Karin, dan Yasmin Hani, Farahwahida, Pija antara yang terawal bekerjasama dengan pereka duo ini.

Untuk projek Ziana bersama Mentor, Rizman berkata pelakon yang baru melahirkan bayi kembar itu akan menyarungkan sepenuhnya pakaian rekaan Rizman Ruzaini dan dia sudahpun bersedia dengan beberapa rekaan eksklusif untuk selebriti idaman ramai itu.

Bercerita mengenai ragam fesyen Dato Siti Nurhaliza, Rizman berkata penyanyi nombor satu itu gemarkan rekaan pakaian seperti seorang puteri dan gemar bermain dengan rona-rona meriah. Ia merupakan kelebihan dato siti kerana beliau mampu 'carry' apa jua warna. Selain itu, dato siti juga gemar berkongsi pandangan dan memberikan idea untuk busana yang akan digayakan.

"Dato Siti adalah satu lagi selebriti yang telah menggunakan jenama Rizman Ruzaini sejak agak lama. Senang bekerja dengan Dato Siti, kerana dia sentiasa menerima pandangan kami walaupun ada kalanya rekaan untuk Dato Siti agak terhad. Yang paling penting keserasian itu ada diantara selebriti dan pereka.

"Seperti juga Ziana dan Liyana Jasmay, Dato Siti merupakan salah seorang artis yang kerap menempah busana rekaan kami", katanya.

Rizman Ruzaini bakal tampil dengan koleksi ready to wear yang menggunakan corak batik dari rekaan pereka terkenal Pucci. Melebarkan lagi sayap perniagannnya, mereka akan turut lahir dengan koleksi sang pria. Kedua-duanya boleh didapati di Designer Room yang akan dibuka di Shah Alam, Selangor tak lama lagi.

P/S: THANKS SO MUCH TO AYIE:)

2 comments:

razzi@ajeet said...

Congrat guys!!!!!!!! Ilham fesyen u guys mmg menarik n kretif..

FEXAN_MY said...

congrat guyz!!