Thursday, December 17, 2009

2010 SATU PERMULAAN

PERMULAAN yang paling baik untuk tahun 2010 untuk rizman ruzaini. tanggal ) 01 01 10 menjadi saksi pabila konsert bagaikan sakti datuk siti nurhaliza di esplanade berlangsung dengan jayanya. penyanyi kesayangan rami itu berkongsi pentas dengan artis tersohor singapura yang cukup dikenali di malaysia iaitu m.nasir. dato siti sekali lagi bekerjasama dengan rizman ruzaini dengan memperagakan 3 persalinan dari kami. sekalung penghargaan diucapkan kan kerana terus mempercayai hasil kerja rizman ruzaini dan memberikan permulaan ynag baik untuk tahun 2010.. insyaAllah.. (untuk poster, dato siti mengayakan salah satu daro koleksi haute horoscope)

busana pertama adalah untuk segmen tradisional. rona royal topaz dipilih diselitkan putih sebagasi penyeri. pasti ramai yang perasan busana ini mirip dengan busana untuk anugerah skrin tempoh hari. ya! dato siti secara peribadi sangat mengemari gaya dianugerah skrin lantas diterjemahkan ke busana ini. fabfik chiffon di gunakan untuk keseluruhan busana ini.

untuk segment kedua, dress ala2 trench coat dari rona salmon ini diberi nafas baru dengan drapping di bahu dari fabric italian duchess satin. busana yang digayakan dengan seluar ini diberi sentuhan detailing bewarna silver dibahagian atas persis kalungan rantai.

untuk busana ketiga, warna pure orange melatari dress labuh bertingkat denagn sentuhan hitam pada detailing. mengunakan fabric chiffon, dress ini memberi ilusi potongan ramping melalui tampalan lace melingkari dari hadapan hingga kebelakang baju.
(pic credit to pujangga malam)
ANUGERAH SKRIN 2009

Sekali lagi dato' siti nurhaliza tampil mengayakan rekaan rizman ruzaini. untuk anugerah skrin yang bertemakan 1001 malam, ilham busana dari puteri jasmin menjadi pilihan. rona merah hati diserikan dengan perincian silver menjadi pilihan kali ini. dress corset bertail ini dipadankan dengan seluar persis gaya arab juga cowl dihadapan baju.yang menariknya, dato siti juga mengayakan penutup muka persis puteri arab di awal kemunculannya dipentas.


(pic credit to minaq_jinggo)

untuk liyana jasmay pula, rekaan lebih moden dan sweet ala2 puteri remaja arab. long dress rona pale pink dengan perincian hitam ini merupakan ilham dari liyana sendiri. simpai di atas kepala pula ditempah khas mirip puteri kayangan atau gaya pari-pari

1 comment:

luvvyduvvy said...

can i have this one?