Thursday, December 10, 2009

PEREKA PALING POPULAR 2009


BAGAI MIMPI rasanya pabila mendapat panggilan dari pengurus pemasaran berita harian iaitu kak cham yang menyatakan busana DATO' SITI NURHALIZA memenangi BEST DRESS untuk ANUGERAH BINTANG POPULAR 2009 sekaligus menobatkan RIZMAN RUZAINI sebagai PEREKA FESYEN PALING POPULAR 2009. syukur kehadrat illahi dengan anugerah yang diberikan. sesungguhnya tahun 2009 merupakan tahun yang bertuah untuk rizman ruzaini. sekalung peghargaan buat semua yang menyokong baik dari pujian mahupun kritikan. sesungguhnya itulah yang menjadi kekuatan dan pembakar semangat untuk kami terus berkarya dan berusaha untuk menghasilkan yang terbaik.


untuk tahun ketiga bergelar pereka, ini merupakan penghargaan paling manis buat rizman ruzaini tambahan pula dato siti nurhaliza yang mengayakan busana yang dinobatkan sebagai 'best dress'. sebesar besar penghargaan buat dato siti kerana mempercayai pereka yang masih bergelar baru seperti rizman ruzaini untuk terus terusan berkerjasama dan menghasilkan busana untuknya. sifatnya yang sangat peramah dan mudah dibawa berbincang itu sangat manis bila difikirkan. tidak keterlaluan jika dikatakan label rizman ruzaini dikenali dengan bantuan beliau. terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan..



antara pengalaman paling manis juga adalah berkongsi anugerah dengan hatta dolmat yang memenangi best dress bagi kategori lelaki sekaligus juga dinobatkan sebagai pereka paling popular 2009.tahniah juga buat hatta yang merupakan senior kami ketika menuntut di uitm. rasa bangga menjadi warga uitm kerana melihat rakan-rakan sekelas seperti hazwani osman ,azura couture, zery zamry, nik erwan roseli ,khairi sufi, nazreen idris, nabilla erwani dan beberapa lagi yang kini bergelar pereka yang sama sama memonopoli industri fesyen kini.. yang bestnya kami sangat rapat diantara satu sama lain. inilah yang dinamakan persaingan sihat kerana sama-sama terus berusaha untuk terus dikenali dan menempa kejayaan...


untuk majlis penganugerahan tempoh hari, rizman ruzaini telah dijemput untuk mengadakan fashion show bersama sama hatta dolmat. kami menayangkan kembali koleksi haute horoscopes tempoh hari tetapi kali ini disertakan dengan 'homme' dari rizman ruzaini. KAMAL ADLI dipilih untuk menjadi muses untuk rizman ruzaini sekaligus mengayakan rekaan ini. sayang nya dato siti tidak dapat bersama untuk majlis ini kerana ada pengambaran di jakarta. oleh itu kami memilih model zahnita untuk mengayakan busana dato siti yang memenangi best dress. sedikit sebanyak aura dato siti sampai juga kerana rupa zahnita sendiri mirip diva no 1 negara itu.


(credit pic radzi rafi @hatta dolmat dan akmal)

8 comments:

sYukCurz said...

congrats..

RIZMAN RUZAINI creations said...

tq ...

Atiqah Adnan said...

wah tahniah.. u deserve it..!

AmyMizzunderstood said...

CONGRATZZ TO BOTH OF U!!

SyahrirNurdinCompany said...

bravo....!

Y.O.R.I.E said...

fantabulous! dats all i can say bout u guys nye designs..( i couldnt reach 2 any word btter thn Kimora's "Fantabulous"):) btw u guys nye penthse (lam MAG Media)so kewl,,black+white+= gorgeous giler!

Anonymous said...

brape upah jahit utk design baju mcm ni?sesuai ke utk acara pertunangan?

yuyu aziz said...

paling meletssss baju liyana jasmay, fazura n maya karin! gorgeous gils ok?! plus, ayu raudhah itu grand sgt! meletsssssssss!